Thursday 1 November 2007

++my little nephew++

Aqil Rahman… my first ever anak menakan… dan cucu sulung mak ayah… teringat-ingat dekat dia… geram betul… sekarang ni dia dah 6 bulan lebih, baru boleh meniarap dan cuba-cuba nak “tarik perut”… dah pandai usha barang-barang, kesian tengok dia, mesti kempunan nak pegang tapi dia belum pandai genggam barang. Bulan-bulan depan sahla habis barang-barang mak saya “dikemasnya” =p…

Aqil Rahman

Abang saya ni peminat Ustaz Akil Hayy… itu sebab la dia bagi nama dekat anaknya Aqil. Rahman tu pula sempena nama arwah tok wan, Abdul Rahman (Al-Fatihah). Kunun-kununnya dia nak letak Rahman kat belakang semua nama anak-anak dia… sebenarnya abang saya ni berkahwin agak lambat; tahun lepas… masa tu umur dia 32. I remember that time, I was sitting for my final exam (dah tak ingat paper ape).. habis je exam tu (27-Mei-2006) saya terus balik kampung. Ayah dengan abang datang berdua je, tempat duduk belakang dan bonet fully reserve untuk saya dan barang-barang yang dikumpul selama 5 tahun.. memang macam orang nak pindah rumah..(thanks to Ana, Fatimah, Mida.. yang tolong kemas barang saya last minute tu..). Sepatutnya saya join kawan-kawan berlibur di Batu Layar (kalau tak salah la) pada 29hb, tapi sebab abang menikah pada 30hb saya terpaksa balik lebih awal…kalut sampai terlupa nak pulangkan kunci bilik hostel, terpaksa pula dipos kepada Nad (thanks to Nad yang telah memulangkan kunci saya ke pejabat KTHO). Alih-alih abang saya tak menikah pun pada hari yang telah dirancangkan tu. Rupa-rupanya hanya saya seorang tak tahu yang majlis tu telah ditunda ke hari lain…frust betul masa tu…rugi tak dapat join trip ke Batu Layar tu..

Tak sangka cepat pula dapat anak saudara... oleh kerana saya anak ke 3, saya dipanggil mak lang. Sebenarnya saya suka budak-budak, tapi saya tak pandai nak layan… so, selalunya yang bermain dengan Aqil adalah adik saya. Dia tu sangat suka baby.. maybe sebab dia tak ada adik kot. First time saya tengok Aqil, saya rasa dia tak comel sangat.. tapi sekarang ni comel pula =).. Cuma sekarang dia jadi budak yang sangat “baik”. Orang agah pun takde ape-ape reaction…saya pula naik geram, penat kita dok agah dia boleh buat derk je. Kalau sape-sape pegang pun dia diam je..sesetengah baby kan akan menangis..pelik pulak anak saudara saya ni…macam pasif je? Tapi mak saya kata abang saya dulu pun macam tu juga.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye tak?

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Bulan Disember ni abang saya yang kedua pula akan berkahwin… tahun depan dapat lagi anak buah =)


Beraya di rumah bakal kakak ipar no.2
(dari kiri: Saya, Makteh, bakal kakak ipar: Kak Yati, dan yang nampak separuh tu mak Kak Yati)

3 comments:

BiSkUtZ LeMaU said...

comelnya budak kecik tu.. nant kem salam eh.. uhuhuhu... (",)

Anonymous said...

cik mimah...tak sabar aku nak dpt anak buah baru..huuuhuhu..
bile ni..

Meema Nazirah said...

cik tirah; u nak dapat anak buah baru ke? kak long ke kak ngah? takkan shida pulak?

cik biskutz; bila tah nak sampai salam tu...maklangnye ni pun bila tah nak balik... :p

Post a Comment

(^_________^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...