Tuesday 30 October 2007

++Post Raya Fever++

Pejam celik..pejam celik dah pn tiga minggu Aidilfitri berlalu...tapi masih dalam mood Syawal kan...kuih raya pun ada lagi...seminggu saya di kampung, seronok betul berkumpul dengan famili dan saudara mara...ada member kata:

"boring pulak amik cuti lama-lama"

Tapi saya tak rasa boring pun...banyak lagi rumah saudara dan kawan-kawan yang tak sempat dikunjungi...ramai juga kawan-kawan yang terasa hati...kepada kawan-kawan yang tak sempat diziarahi pada tahun ini, maaflah kerana tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dirancang...insyaAllah ada kelapangan akan saya usahakan pertemuan...raya tahun ni ramai kawan-kawan yang melangsungkan hari bahagia...ramai pula yang telah dan akan menerima "
orang baru" salah seorangnya adalah sepupu saya sendiri...kami sebaya, dia dah ada dua cahaya mata...ramai pula yang merisik khabar:

"bila lagi?..."

Semasa beraya di rumah maksu (bau-bau bacang cum member kamceng), kami ada berbincang pasal topik ni...


Maksu:
"perasan tak, kita jarang contact, jumpa member-member kita yang dah kawen...depa pun jarang contact kita kan?...kecuali Fazilah sorang...

Yelah...saya perasan jugak...kenapa ye?

Saya:
"ala maksu, orang dah kawen kan banyak komitmen mana boleh nak join aktiviti kita...dulu single ade banyak masa boleh la...Fazilah tu kan housewife...banyak masa..."

Tapi saya realise something...lelaki walaupun dah kahwin, masih keluar dengan kawan-kawan...perempuan pula sebaliknye...maksud saya bukanlah tak ada masa langsung untuk kawan-kawan...cuma jarang...banyak asbabnye kan...first and foremost isteri perlu minta izin suami dulu...dan lain-lain lagi...apa pendapat kawan-kawan? =) Sepupu saya Fazilah, adalah kawan yang dah bersuami yang selalu berhubung dengan saya...maksu sempat bergurau...


Maksu: "kita pulak yang tak larat nak melayan sms dia...=p"

Saya:
"itula...tambah-tambah aku yang bz ni...tapi hang jangan pulak tak revert kat dia...dah ada orang ingat kat kita ni...kita kena menghargai dia..."

Selama ni saya selalu mengeluh...tentang macam-macam perkara...tapi pelbagai peristiwa yang berlaku banyak mengajar dan menyedarkan...hargailah apa yang kita miliki sebaiknya sementara kita masih memilikinya kerana tak semua yang kita miliki itu kekal abadi, tiba waktunya ia akan diambil semula oleh Pemilik yang Khaliq...

0 comments:

Post a Comment

(^_________^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...