Friday 24 September 2010

Antenatal care - visit #8 (week 37)

Nothing much...routine check as usual.


Monday 20 September 2010

Raya 1431H


Salam.

Masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya... :)
Walaupun hari ini dah hari raya ke-11
Ada yang dah beraya 6, ada yang belum habis puasa 6, ada juga yang tak start2 lagi... macam saya haha :p

Raya tahun ni?
Raya pertama bersama suami
Beraya ber-2 + 1 :)
Beraya di kampung hubby bersama keluarga baru :)
Tempat baru, suasana baru, juadah yang lain dari biasa...

Dua hari sebelum raya pulang ke kampung suami
nak merasa berpuasa di sana
awal puasa saya dah balik ke kampung saya :D
Raya pertama di rumah nenek sebelah ibu mertua
Raya kedua di rumah nenek sebelah bapa mertua
Meriah dengan saudara mara...
Raya ketiga baru balik rumah mertua, ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah
Raya keempat malamnya majlis solat hajat semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan kelahirannya... aamiin
Raya kelima bertolak ke kampung saya pula, dua malam di sana
Raya ketujuh bertolak balik KL, suami kerja petang esoknya
Lama juga kami bercuti..hehe

Ouh... kami tak ada gambar raya...huhu
dek kerana sibuk mengambil gambar orang/benda lain
terlupa nak berposing :|
nanti nak pakai baju raya pastu berposing sakan...hehe


Balik kampung hari tu pinjam kamera abang saya
Sekarang ni encek rumet sibuk belajar kamera DSLR... hohoh
siap study manual, search info kat internet.
nak tidur pun masih pegang nota
semua benda dia snap... haha
Bagus juga, lepas ni saya ada personal photog :D
tapi.... nak kena invest equipmentnya la pulak... huhu

Lepas raya ni jugak saya dilanda penyakit 3-serangkai: demam, selesema dan batuk.
Dah dekat seminggu... nak makan ubat, tak boleh sebarangan... terpaksa menahan
Seksa betul... sepanjang mengandung ni dah masuk bape kali demam macam ni
Lenguh-lenguh, sakit tulang
Mengiring kanan tak betul, mengiring kiri tak betul, telentang lagi la tak betul...
Paling tak tahan batuk
Risau jugak effect pada baby...
Ya Allah, semoga berguguran dosa-dosaku dengan kifarah dan ujianMu ini... aamiin






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...