Monday 10 May 2010

Quickening


Quickening?

Dalam bahasa Melayu apa na? Apa pun, ringkasnya ialah, pergerakan fetus di dalam kandungan yang pertama kali dirasai oleh wanita mengandung.
Ya! Saya dah boleh rasa baby bergerak. Tak tau la dia tendang ke menyiku ke ape ke... yang penting dia bergerak. :D sungguh comel perasaan itu... :)

Normally, wanita yang belum ada pengalaman i.e pertama kali mengandung akan mula merasai pergerakan anak dalam kandungannya pada minggu 20 ke 21. Manakala wanita yang telah berpengalaman akan mula merasai quickening pada minggu ke 18. Tapi saya mula rasa pada minggu ke 16+ atau lebih tepat lagi pada malam 4/5/2010. Masa tu lagi 2 hari nak masuk minggu ke 17. Wahh hebatnya! Kalau ikut kalendar bersalin yang saya dapat dari Pa&Ma ni pulak quickening saya ialah pada 13/5/2010 iaitu pada minggu ke 18. Setelah di-google saya dapat info bahawa quickening ni mungkin dipengaruhi oleh berat badan. Orang yang kurus lebih awal merasai pergerakan bayinya. Hmm...mungkin sbb tu kot.

Mula-mula saya ingat perut saya berdondang sayang sebab lapar. Tapi baru je lepas makan. Mungkin angin kot... Saya pun duduk diam-diam sambil pegang  bawah perut. Lepas tu ada pergerakan susulan. Gerak kecil macam tapping je... Wahh baby dah bergerak... bukan khayalan :) i felt butterfly in my stomach... perasaan nyaman yang sukar digambarkan... there's a life inside of me...

Maksudnya? Saya sekarang berada dalam trimester kedua. Wahh! Tanpa disedari trimester pertama telah berjaya dilalui dengan jayanya... Tanpa morning sickness yang teruk-teruk tu! Alhamdulillah... Minggu lepas masa balik kampung mak bagitau dia pun tak pernah morning sickness masa mengandung. Ohh... rupanya saya dapat legacy dari mak :)
Perut saya? Semestinya lebih memboyot dari biasa walaupun masih kecil. Yup, i still wear my baju kurung to office... :) Semoga perjalanan yang masih panjang ini selamat dan dipermudahkan... aminn...



Sunday 9 May 2010

Happy Mother's Day


Dear all mommies out there, especially Mak & Maa... Happy mother's day!

Mak, maklah segalanya bagiku...
Sesungguhnya tiada yang dapat menggantikanmu
Terima kasih tak terhingga buat kasihmu
Semoga pengorbananmu selama ini dibalas oleh-Nya dan diberkati selalu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...