Friday 23 November 2007

~Trip to KK~

Ditulis pada: 15 Nov 2007; 11:18 am

Yeahhh… seronoknye kat KL. Actually, I suppose to go back to Labuan immediately after the COP. Hehe… mengelat, but I have reason; training at Awana Genting...
Masih bersedih… lepas satu… satu… bagai sudah jatuh ditimpa tangga… I’ve lost my HP… even though it’s not really my lovable stuff, but it was valuable… something important in my life… yelah, sejak saya mula guna HP since 1st year at uni, pegi mana-mana tak pernah la tak bawak HP… actually, it was my 7th HP… yang sebelum-sebelum tu ada yang sengaja tukar, bagi dekat orang, rosak (jatuh dalam toilet)… ceritanya macam ni…

Hari Jumaat lepas (9/11/2007);

Selepas habis meeting and engagement with DP, pada pukul 11.45 pg, saya dan kawan-kawan (Arinee, Mimi, Suhaili) telah keluar ofis menuju ke jeti. We were going to KK (girls' days out). I was so excited. I’ve been to KK twice, but this time we went there by ferry. Excited betul… first time naik feri besar (such a pity girl… tapi saya pernah naik bot, sampan dan barge =)) ... 3 jam perjalanan, alhamdulillah tak jadi ape-ape…(takut muntah). Dalam kepala teringat cerita feri terbakar kat mersing tu… na’uzubillah… kami stay di Hotel Promenade. Malam tu makan kat Anjung Senja, depan Promenade je… makan bertiga (btw emak Suhaili pun join trip ni, so dia makan dulu dengan mak dia; kerana mereka bertiga itu lambat turun), kat gerai no.14 (yang kerusi mejanya ada cover cantik, merah lagi..), RM 80… ok la, makanan pun sedap.

Hari Sabtu (10/11/2007);

Lepas beli tiket feri untuk balik Labuan esok, kami berlima pegi Kundasang (sampai juga saya ke daerah yang selalu saya baca dalam novel Ramlee Awang Murshid). Lebih kurang 2 jam perjalanan dari KK. Btw, kami pinjam kereta saudara Suhaili. Honda Accord – manual. Oleh kerana Arinee sorang je yang terer bawak kereta manual, so dia yang drive sepanjang trip kami ni… bayangkan Arinee yang cute tu bawa kereta yang besar… (dia pernah bawa Nissan Frontier 4WD pegi keje). Kami tersesat ke Tamparuli, tersalah simpang… tapi kami berpeluang tengok jambatan gantung yang glemer tu, Jambatan Tamparuli… Really excited, tapi dalam hati gerun juga lalu jalan bukit-bukit ni.. pemandangan memang cantik… sejuk… ada gerai buah, sayur, bunga...segar pulak tu…kraftangan… memang rambang mata. Lepas membeli belah serba sedikit kami pun beredar… dalam perjalanan balik kami singgah di Kinabalu Park. Bermulalah episod cerita sedih… “Terbenamnya sebuah Motorola L6 di kaki Gunung Kinabalu”… boleh buat tajuk cerpen… syahdu betul… hilang semua info dalam HP tu.. termasuklah my flight e-ticket number untuk balik KL hari isnin.. gabra betul.. mujur seketeri DFSP, Nizam masih simpan info tu dalam HP dia.. dahla tak dapat nak jalan-jalan round kat situ sebab hujan… sedih betul… terus hilang semua kegembiraan… tak excited lagi dah… lepas makan, lebih kurang pukul 3 petang kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Risau pula kalau turun lambat, takut gelap… dengan cuaca yang tak berapa elok dan keadaan jalan yang bengkang-bengkok tu… dalam perjalanan turun tu jalan jammed, lama la juga, rupa-rupanya ada accident, 4WD langgar van bas mini, betul-betul kat tengah van tu…rasanya ada orang cedera parah.. ada ambulans dengan tow car datang.. sepanjang perjalanan balik tu, saya asyik teringat HP saya yang semakin jauh “ditinggalkan” di Kinabalu Park.

Hari Ahad (11/11/2007);

Bangun agak lambat, malam tak lena tidur (fikir pasal HP). Pagi-pagi lagi kami dah ke Filipino Market. Membeli-belah… Sabah ni kan terkenal dengan mutiara dan kristal… masing-masing borong macam-macam barang perhiasan dan kraftangan… saya cuma beli barang yang dikirim orang je… (Azi, really sorry tak belikan gelang yang Azi pesan tu… tak jumpa la… ) saya tak minat sangat mutiara, kristal tu boleh la… tapi bila tengok orang lain pakai cantik je, teringin juga. Beli, sudahnya tak pakai pun, simpan je. Pukul 12 baru kami balik ke hotel, kemas barang-barang. Kami makan tengah hari di rumah Pak long Zukhi, saudara Suhaili tu. Makan banyak tak ingat… dahla nak naik feri nanti. Kami bertolak ke Labuan pada pukul 3 petang. Sebelum naik feri tu dah makan sea sick pill dulu… alhamdulillah tak muntah.. sejuk sangat dalam feri tu, menggigit-gigit sampai ke tulang sumsum, macam nak beku (saya je kot… takde lemak… =p) di pertengahan jalan (hampir sampai) cuaca buruk, hujan ribut… ombak tinggi betul… feri teroleng-oleng tak sah cakap la… risau juga… mujur dah nak sampai… The lesson learnt: jangan pegi laut dan gunung hujung tahun… monsoon season… Sampai je kat bilik saya terus pack barang untuk ditumpangkan kat bilik Arinee sebelum balik KL esok.

p/s:
actually, ceritanya lebih dramatik, tapi saya tak pandai nak susun ayat… hehe…
teringat pulak, saya pernah hantar sajak ke majalah Dewan Siswa bertajuk Sebatang Kali =p.. rasanya saya masih simpan majalah tu..

Picts will be posted later.


******************************************


Kinabalu Park - Malaysia's First World Heritage Site




merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Majoriti penduduk Kundasang adalah orang Dusun, namun terdapat juga sebilangan kecil orang Cina. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang memiliki banyak hotel, motel dan chalet yang disediakan untuk orang dari luar yang datang berkunjung.


4 comments:

Anonymous said...

ini rupanya kisah kehilangan handfon cik mimi..huhhhu...

Meema Nazirah said...

tulah... alkisahnya... huwaaaa =(

Fathiyah said...

sadisnya kisah kehilangan hp ko ye..takpelah,redha dgn pemergian hp itu...beli hp baru..hehehe =D

Meema Nazirah said...

mmg dah bli hp baru dh fathi...=p

Post a Comment

(^_________^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...