Wednesday 26 December 2007

Tujuh Perkara Pelik Tentang Mimie Nazirah

Menjawab tag oleh Cik Biskutz

Perkara pelik
question Hmm... rasa macam takde... cewahhh kondifen tuh... kalau ade pun rasanya takde la pelik benor...lol

1) Makan banyak tapi tak gak gemok-gemok
kunun-kunun nak dapatkan berat ideal, tapi sampai sekarang masih underweight:sigh:

2) Kuat tido
hehehe... refer kepada nombor 1 di atas, kunun-kunun bila tido banyak leh la jadi tembun...
tak pon...confused

3) Tak berapa gemor sikat rambut
hahaha... lol tanya la Cik Azie, ada budak tu setahun tak sikat rambut
(coz sikat macam mana pon tetap sama je...)

4) Suka cium hujung jari lepas menggaru
erk... :eheh: tahapehapetah... (selalunye lepas garu kepala)

5) Banyak mulut, suka pot pet pot pet
tapi bila beramai-ramai (walaupon dengan kawan-kawan rapat) dan-dan dia hilang idea:tsk: dan jadi seorang pendengar yang sangat baik

6) Nampak macam steady, tapi sebenarnya ketaq lutut
selalunya bila kena cakap depan orang ramai:sweaty: (nak lintas jalan pun teketaq-ketaq)

7) Minah blur
(pelik ke? macam tak je... dia tu memang sejak azali lagi dah lagu tu...:ha?:)
tapi kurang sikit daripada Mona (apa habaq dia la ni na...) kot... hahaha:woooh:


haa... mesti la ada lagi benda yang pelik-pelik... tapi takleh nak bagitau kat sini... jatuh saham...:blush: ehekhekhek:eheh:

so, apa lagi yang pelik pasal Cik Mim?:ha?:

Monday 24 December 2007

**ERTI KEHIDUPAN**

Hari itu saya nak ke Kuala Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abg nak beli kuih?"
Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan"
Jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit
kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?"
Katanya selamba semasa
menghampiri meja saya.
"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni"
Kata saya sambil
menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya...
"Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang."
Katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli kuih tu"
Saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?"
Tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!"
Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
Katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?"
Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah
saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!"
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.

Dia
menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

*******************************************
Sedikit perkongsian untuk teman-teman yang budiman... Saya terima email ini daripada seorang rakan... very touching...
:puppyeyes:

Saturday 22 December 2007

~Eid Adha_open house~

:woooh:Pictures speak louder than words... Gambar sekitar Hari Raya Aidil Adha 1428H. Walaupun kami tinggal berapa kerat je, kemeriahan tetap dirasai...biggrin


tempat kami menginap, Tiara Hotel Labuan


antara juadah raya kami


di rumah (bilik) Azeman


di rumah (bilik) Azman


gamer cilik, Aiman & si comel, Tasnim

atas: the making of roti jala by Azman
bawah: Mrs Azman; Kak Diana & Aqel Naufal



Cik Mim & Cik Mimi


Cik Arinee & En. Nazim

*******************************************
Hmm...first time beraya kat hotel...it's not as bad as i thought before
:anongnangyari:

Wednesday 19 December 2007

++Selamat Hari Raya Aidil Adha++


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428H

*******************************************
Esok hari raya... sedihnya... ::( tak dapat balik kampung...:puppyeyes: Ekceli bukannya tak biasa tak balik kampung, masa kat uni dulu sepanjang lima tahun tak pernah pun balik kampung masa raya haji... tapi masa tu dikelilingi kawan-kawan... tak terasa sangat...

Tahun ni famili saya buat korban... baru je lepas borak dengan famili... meriah betul kat rumah... oh ya, kampung saya banjir, tapi rumah saya tak naik air... walaupun banjir, raya tetap raya biggrin

Tak tau nak pi beraya di mana esok... Plan dengan Mimi nak ziarah bilik kawan-kawan kat Tiara ni = En. Azeman, En. Azman dengan Pak Andre... (beraya di hotelquestion) mesti depa ada masak something... :woooh:thehehe... Petang tadi saya dan Mimi pusing2 town cari barang masak (takot kedai makan tak buka esok) and some goodies (buah tangan untuk tuan bilik; malu la plak pi makan je...:blush:) sempat jugak beli kain baju kurung... dua pasang lagi tu (untuk raya tahun depanquestion.. macam tak sempat raya je dah pakai...mrgreen)

*******************************************

Firman Allah bermaksud :
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)-Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
(Surah al-Hajj, ayat 27)

Tuesday 11 December 2007

~cinta~

"Kalau cinta itu ada sayapnya...
terbanglah dan hinggaplah di hati dia...
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku...
tentang rasaku yang satu.
Serulah kepadanya 'cinta';
sapalah dia 'cinta' dengan cintaku...
dia yang sedang memandang aku dalam balam-balam air matanya.
Pandanglah kepada dia...
dan ceritalah 'cinta' tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya."

-Surat Ungu Untuk Nuha; ayermata-

:inlove:

Monday 10 December 2007

++my brother's wedding++

Pada 30 Nov - 5 Dec yang lepas saya telah bercuti di kampung dengan jayanya...:woooh:
My officemates keep on grumling;

"Ko ni asik balik je...why can't u just stay here, do your works"
"Hohoho... i got reasons lah! Abang aku kawen... tak kan aku tak balik pulak"
(dalam hati: hahaha :ahaha:~evil laugh~ aku memang dah tak larat dok sini la.)

Finally, Abang Oun dah jadi suami orang...
I'm happy for him. But deep inside me, I felt sort of "sadness". Abang Oun and I... our special relationship... he's always understands me... very caring and loving. All this while, dia la yang temankan saya ke mana-mana... being my brother cum friend cum companion cum body guard... sometimes I felt can't do anything (related to him) without him...:sigh:(of course la tanpa dia pun saya boleh buat macam-macam hehehe:eheh:)

Pasni saya takleh la terlalu bergantung pada dia... he's got others to take care of... When "something" happened to Abang Oun, I thought dia mungkin kawen lambat... tup tup cepat la pulak... dah jodoh...razz

Orang yang sangat excited pasal kenduri ni (lepas Abang Oun lol) adalah ayah... (hmm...mak pun excited jugak :woooh:). 2 ekor lembu dan seekor kerbau selamat ditumbangkan... (saya hanya tau pada pagi hari kenduri tu). Patut la ayah kata:
"kali ni ja ayah nak buat kenduri besar. nanti kakak ngan adik ayah nak buat kenduri makan bihun ja..."
erk
:puppyeyes:huhu... ayah ni... kot ya pun jangan la habaq kat cek depan-depan...cry

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya (kampong style:please:) walaupun berlaku sedikit "keributan" pasal "berkat" yang disediakan untuk tetamu ngan sorang tetamu non-muslim yang datang. Actually ayah tak jemput pun kawan-kawan non-muslimnya sebab buat kenduri sekali dengan aqiqah... tiba-tiba ada pulak officemate Abang Oun tersesat... rupa-rupanya ada kawan dia yang bawa "apek" tu datang bcoz dekat kad jemputan tertulis "kepada semua". Luckily dia ala-ala faham dan tak makan daging... dia ambil ayam...

Penat jugak
:sweaty:sejak hari saya sampai di rumah 30hb sampai hari last 4hb... (walaupun saya takde la buat banyak kerja wink, buat benda-benda remeh-temeh tu...) sengal-sengal badan... saya tak sempat tolong cuci kawah hehe... bcoz kena masuk office kat KLCC 5hb and fly back to Labuan on the 6th.

***********************************


Abang Oun and i -37th UTM Convo;
3rd September 2006-
***********************************

"Adik: Tiap-tiap tahun umah kita buat kenduri kan"
"Mak Lang: Ha...tahun depan buat lagi...
(sambil senyum kambing kat saya)lol"
***********************************
Kenduri sebelah keluarga pengantin perempuan;
1 Disember 2007
Kenduri sebelah keluarga pengantin lelaki;
3 Disember 2007

***********************************
:anongnangyari:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...