Thursday 26 June 2008

:: Yippieee Day ::

it was exhausted day! meetings~~~ and i felt so weak... macam nak demam je... alamak cheq tak suka la...sad

hmm baru je lepas borak-borak dengan famili... dan aqil~~~biggrin
abang oun beli motor baru; minyak mahal katanya. huh ade je nak kenakan saya tu... tapi bagus jugak... pakai motor jimat sikit.

ayah:
"kakak bila nak balik umah? kat sana ada durian tak? meh la balik makan durian..."

owh... musim durian rupanya kat kampung... bila ek nak balik...rolleyes hmm takpelah... saya bukan makan sangat durian tu... tapi rindu la kat aqil...

===================================


eventhough tired; i felt very cosy and contented today!wink Yippieee!biggrin Alhamdulillahbiggrin today will never be forgottenexclaim

Tuesday 24 June 2008

just another update

i dont feel like doing anything...
iyakk iyakkk haarghhh dusyumm dusyyumm
i dont like this feelin~~~sad

hmm tak ada apa sangat yang nak digembar-gemburkan. rutin kerja seperti biasa... cuma terasa agak down dengan situasi sekarang... dengan orang sekeliling yang memandang kami secara agak berlainan gara-gara harga minyak yang naik itu... words from my boss soothed us and opened our hearts... harap-harap semuanya akan berlalu dan kembali seperti biasa

saya nak balik KL sangat-sangat... i really miss my housemates.. hehehwink
terasa macam dah lama pulak tak bersosiallol

Thursday 19 June 2008

Tangisan Tanpa Air Mata






Saya sangat sedih pada hari ini...cry

::(

Friday 13 June 2008

Busyettttttttt

M: Cis! Bedebah! Kuang Hajau! mad
S: Oittt pompuan tak elok cakap macam tu!
M: Busyettt!!!
S: Oittt jangan mencarut la!
M: Bila plak aku mencarut?
S: Tadi mencarut la tu!
M: Sungguh cisssss!!!
S: Oi oiiii jangan cakap macam tu laaaa!
M: Ha! yela! lelaki je boleh cakap ape-ape je... pompuan tayah buka mulut langsunggg!
S: Bukan... pompuan kan lemah-lembut... sopan-santun... tak elok la cakap macam tu... cepat taubat!
M: -sigh- maafff~~~neutral
S: Haa camtu kan elok... biggrin nape ni? ade masalah? nak cerita?wink
M: Hmmppphhhcrysad
:tsk:

Tuesday 10 June 2008

Lets Gone!

Layannn~~~



I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

sometimes some people get me wrong
when it's something I've said or done
sometimes you feel there is no fun
that's why you turn and run
but now I truly realise
some people don't wanna compromise
well I saw them with my own eyes spreading those lies
and well I don't wanna live my life too many sleepless nights
not mentioning the fights i'm sorry to say lady

I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

Well I'm so tired baby
things you say you're driving me away
whispers in the powder room baby
don't listen to the games they play
girl I thought you'd realise
I'm not like them other guys
coz I saw them with my own eyes
you should've been more wise
and well I don't wanna live my life too many sleepless nights
not mentioning the fights I'm sorry to say lady

I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

:wave:

Sunday 8 June 2008

Lelagi minyak...

haa meh kita tengok pulak apa kata 1st man Petronas...

Kos Petronas meningkat lebih 200%, tidak ramai peduli – Hassan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Petronas, syarikat minyak terkemuka negara, sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos carigali minyak yang melambung tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak.

Dalam satu taklimat media di sini hari ini, beliau berkata, syarikat minyak itu melabur pada kos yang tinggi selain bilangan telaga minyak semakin berkurangan.

Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.’’

Mohd. Hassan berkata, langkah memajukan telaga minyak kecil melibatkan kos yang sangat tinggi. Begitu juga apabila Petronas bergerak untuk menerokai kawasan yang jauh dari pantai.

Beliau berkata, kos untuk melakukan pengerudian telaga minyak di kawasan cetek kini mencecah AS$7 juta berbanding AS$3 juta sebelumnya dengan kos berkaitan carigali seperti penyewaan kapal terus meningkat.

Beliau berkata, Petronas juga kini menerokai kawasan laut dalam dan kedalaman yang dikenali sebagai ultra deep dengan menanggung kos yang terlalu tinggi.

Sebagai contoh, kata Mohd. Hassan, Exxon Mobil hanya mampu meraih AS$40 bilion pada tahun 2006, peningkatan hanya AS$1 bilion meskipun terdapat peningkatan harga minyak dunia yang agak tinggi.

“(Sedangkan) ia adalah syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik. Margin hasil perolehannya telah terhakis,’’ jelas beliau.

Mohd. Hassan berkata, keadaan itu menyebabkan Petronas terpaksa menerokai kawasan ‘ultra deep’ yang mana terma perjanjian perkongsian lebih berpihak atau menguntungkan pihak asing kerana kos dan keperluan teknologi yang tinggi.

“Medan Kikeh yang merupakan medan telaga minyak laut dalam pertama negara terletak di luar pesisir Sabah yang memiliki kedalaman kira-kira 1,300 meter dan medan Gemusut di luar pesisir Sabah yang sedang diterokai memiliki kedalaman kira-kira 1,800 meter,’’ kata beliau.


Ha tu dia ceritanya... betoi la tu... kalau hampa semua nak tau, telaga minyak hat mana yang dah dok ada la ni... dok koi kering belaka dah... la ni, kita kena tunggu orang biotek pulak pikiaq sesuatu... pasai nak bagi kereta kita dok buleh jalan selalu... dengan RM hat keluaq pun munasabah naaa

Ish3... tapi tak patut sungguh depa dok bagi ghega minyak naik tegha-tegha tu naa

Aaaa... mana pi RM-RM hat kita-kita dok keluaq-keluaq tu naa... hat macam-macam jenis tax tu?

:ha?:

Wednesday 4 June 2008

Minyak Naik Harga??? Harga Minyak Naik???

Alo kwn... mcm mana ni myk naik mdadak nih...
My friend texted me...

goshhh! apelah salah diriku? Pepel, fyi, saya tidak tahu-menahu dan bukanlah sebahagian daripada komplot/agenda pihak-pihak tertentu... saya hanyalah orang kecil nun jauh di bawah...rolleyes dan saya/kami yang berada dalam industri ini juga tidak mendapat apa-apa keistimewaan hatta subsidi/diskaun/reserve dan yang sewaktu dengannya...

Dan jangan tak tau, kami juga beratur untuk mem-full-kan tangki kereta... sebelum tengah malam ni...lol fuyyohhhexclaim Labuan yang tak berapa nak jem ni pun boleh jem... ber-tuyut-tuyut (bahasa apa ni?) orang pi mem-full-kan tank kereta depa

Hmm... masa PRU12 dulu manifestonya bagaimana yaquestion???

Bayaran tunai untuk pemilik kenderaan persendirian pulak apa pro/con nyequestion???

-------------------------------------------------

Petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini - PM
04/06/2008 8:43pm

PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun, 2008:

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

“Pada masa ini operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel,” katanya.

Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

Perdana Menteri berkata Kabinet telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok, 5 Jun, 2008.

"Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem ’fleet card’ kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini,” kata Abdullah.

Untuk ini, kerajaan bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

“Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.

Beliau juga mengumumkan mulai 1 Julai, 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2 mmscfd (juta standard kaki persegi sehari), harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

“Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

"Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui, Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran,” kata Abdullah.

Pada masa yang sama, katanya subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11 apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Dalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerapkos bahan api bagi gas dan arang batu.

Struktur tarif baru yang berkuatkuasa pada 1 Julai, 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.

Selaras dengan hasrat kerajaan melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata Abdullah.

Bagaimanapun, katanya pengguna komersial dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus.

"Bagaimanapun, bagi kategori komersial dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak lebih daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus,” katanya.

Bercakap mengenai sumbangan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP) ke arah mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran.

"Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

"Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai ambang melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit,” katanya.

POP juga, kata Perdana Menteri telah mencatatkan kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia.

Oleh itu, katanya Kabinet juga bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuatkuasa 1 Julai, 2008, dan sebagai penggantinya memutuskan pelaksanaan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP.

Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses:

Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000.

Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000.

"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

"Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri,” kata Abdullah.

— BERNAMA

:sigh:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...