Friday 20 August 2010

Antenatal care - visit #7 (week 32)

Berikutan kekerapan dan kekuatan kontraksi, doktor mempercepatkan pemeriksaan rutin saya menjadi 2 minggu (selepas pemeriksaan yang lepas) untuk monitor kondisi saya. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan hari ini, tiada sebarang komplikasi. Lawatan pemeriksaan selepas ini akan kembali kepada sebulan kemudian.



Wednesday 11 August 2010

Selamat menyambut Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini... bulan penuh barakah... selamat beramal... semoga mendapat ganjaran yang tak terhingga banyaknya...


Dengar lagu ni di fb Kak Wid, best pulak :)
A song with english, turkish, german and arabic lyrics.



*****
from my mailbox:

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina kemesraan mengambil masa
meruntuh hanya sekelip masa
Semoga RAMADHAN mengukuhkan
Ukhwah yang telah terbina

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan,
Di dalam sedar atau pun tidak sedar,
Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT

Sila baca peringatan & pengajaran di bawah =)

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya
    penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas
    dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
    * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    * juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan,
     10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas 
      dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi 
      dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan
    Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalzalah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir.

Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA



Friday 6 August 2010

Antenatal care - visit #6 (week 30)

Due to some complication reason, Doc told me to start counting baby's kicks... and she prescribed some medication to prevent early contraction... 

My baby keep on harden himself, so thus my tummy... and i keep on feeling the painless contraction... Doc said it is not normal considering my age of gestation... sometime baby stay quiet without any movement... hummpphhh... oh this is worrisome...

Doc grant me MC for today. But, there's works stacking up on my table... so saya pergi ofis juga... huhu... Doc pesan, rehat kat rumah... weekend pun tak payah mengada-ngada nak keluar jalan sana-sini... hmm macam mana nak shoping ni? Ni lagi satu worrisome... belum prepare barang-barang baby... baru beli beberapa helai baju, sarung kaki/tangan & barut je... actually deep inside meloncat-loncat nak shoping... geram tengok barang comel-comel... tapi apakan daya, terpaksa la ikut kata hubby... huhu :|

I asked around and read about this Braxton Hicks... oh it's just a normal occurence... tapi kenapa Doc macam sangat concern dan mengatakan bahawa ianya tak normal? -confuse- 
It's not painful, but more to discomfort... but i'm positive, it's just my brain telling my body to do some practices before the real one... :)

Ya Allah, selamatkanlah kami... amiinnn



Wednesday 4 August 2010

Kebesaran Jiwa Seorang Ibu (True Story)

Got this from my mailbox...
I'm so touched...


What: An earthquake, magnitude 8.0
When: 12 May 2008, Local time 2:28PM
Where: Wenchuan, Sichuan province of China.


*****
this is my #100 entry...
dah 3 tahun baru 100 entry... huhu



Sunday 1 August 2010

Peristiwa Bergambar

Ikut En. Amr pergi event yang memerlukan dia berpakaian seperti pendekar. Keris pulak takde.... :p
Beria-ria dia mengajak
Siap suruh pakai baju sedondon,,, tapi tak muat pulak mak buyung nak pakai...
Ye, dia siap tempahkan baju kurung material dan warna yang sama untuk saya, nak pergi majlis ni merangkap baju raya...huhu

hubby saya macam hang tuah pahlawan :p
 Bila: Hari ini, 01082010
Di mana: UIAM



  Majlis resepsi perkahwinan Rose.
Kesian Zura, Farah dan Azie... sampai 2 jam lbh sesat-sasat cari tempat ni...
Rose sangat cantik :)
Makanan sangat sedap :)
Amsyar dan Afiq sangat comel :)
Tak sabarnya nak jumpa baby... :D

Dah lama tak jumpa depa...
Bila: Semalam,  31072010
Di mana: Monterez Golf Club



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...