Saturday 19 January 2008

Kisah yang tak best

Apa nak dikata... sedih... malu... geram... tensen... menyampah...

Sedih... pasal gap assessment Khamis lepas... banyak yang tak close... tak boleh jawab... malu betul... next year kena improvise ni... adui boleh ke? boleh! chaiyok!

Tensen... external hard disk yang baru beli semalam buat hal... tak boleh save satu benda pun dalam tu... dan-dan tu jugak la handphone pun buat hal... speaker rosak, semua contact number hilang... nak add new contact number pun tak boleh... baru pakai 2 bulan dah buat hal... geramnya... rasa macam nak nangis pun ada... terpaksa control macho depan Azie...cry

Tambah menyampah bila Atam tido mati tak bangun-bangun... geramnya...evil dari pukul 6.30 sampai pukul 10.30 call tak angkat-angkat... hidup ke tak budak ni

Maka terpaksalah pergi Low Yat sendiri... naik teksi... cekik darah betul... pakai meter tapi laju giler meternya jalan... dahtu pulak siap mintak extra RM2... warghhhhhhhhhhh:scream:

Tambah sakit hati bila apek kedai hendphone tu cakap
"Amoi... ini henpon memang ini macam maa... lamai sula komen looo.. ini ploblem sama itu software loo... apa jenis henpon pun ini macam maa... Nokia ka SonyEricsson ka sama saja... u ala tekan itu menu manyak-manyak kali ka? sudah hang loo... tabley buat apa-apa maaa"

What the heck! kalau hang apa pasal boleh dapat message lagi? bila call tak dengar orang cakap apa... phonebook empty pulak tu... nombor dalam sim card pun gone... sungguh cis!
"Saya try master reset dulu ooo..."

Hek eleh aku pun tau nak buat tu... hilang la semua data aku!
"Ha... see... memang ini macam saja... next time u reset balik saja maa"

Bedebah betul... ha nasib baik semua nombor dalam sim tu ada lagi... huuuuh
:sigh:

Pergi pulak kedai external hard disk semalam tu...
"Kak, apa pasal u datang lagi? ada apa problem ka?"

Ha, ye la... tak ada problem aku pun tak hingin nak penat-penat datang pagi ni... kang tak pasal-pasal terlepas flight pulak... baru je nak rileks sebelum balik Labuan...huuuuh
:sigh:
"Ini saya rasa komputer Kak ada problem la... bukan hard disk ni..."

Huh komputer aku pulak dia kata bermasalah... ape ke he...
(Bila pasang kat pc dia tak ada masalah, pasang kat laptop saya tak boleh open file... Pastu datang lagi sorang, godek-godek laptop saya dengan external hard disk tu...)
"Saya delete aa file dalam external hard disk ni..."

Ha apa-apa ja la... uwaa... habis movie yang aku download...
"ok Kak tengok sudah boleh copy... haiyya u kasi masuk virus ka... dalam banyak-banyak fail tu ada yang problem maa..."

Bila pulak aku masukkan virus... selama ni dok scan tak penah pulak jumpa virus dalam laptop aku... Ni kalau tak boleh guna lagi siap kau


Hai... kenapa la this suwey thingy keep on happening to me...question malangnye nasib...

Mim dearie... Things happen for reasons... what past is past... keep dreaming of your future...

c'est la vie...

:puppyeyes:

Wednesday 9 January 2008

Ma'al Hijrah 1429



Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

:puppyeyes:

Tuesday 1 January 2008

++Selamat Tahun Baru 2008++



Pejam celik, pejam celik... dah pun masuk tahun baru... Pantasnya masa berlalu... terasa bagaikan baru semalam masih bergelar seorang pelajar... dah setahun lebih rupanya saya menjadi seorang wanita berkerjaya... cewah lol

Banyak perkara yang telah saya lalui... suka dan duka... cewah... dah start la pulak...mrgreen hehehe
Walau apa pun, tahun 2007 banyak meninggalkan kesan dan kenangan. Banyak perkara-perkara BESAR yang berlaku pada saya dan persekitaran saya... banyak pula yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan... semoga tahun 2008 dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya InsyaAllah...

Saya mengharapkan sesuatu yang BESAR berlaku pada saya tahun ni... InsyaAllah smile
Dan semoga segala urusan saya dipermudahkanNya

May this new year 2008 will be a blessed, peaceful, joyful, wonderful and prosperous year.

*******************************************
Hari ini yang lebih buruk dari semalam, rugi jika kita tidak memperbaikinya.
Hari ini yang sama seperti semalam, sesungguhnya kita terpedaya.
Hari ini yng lebih baik dari semalam, itulah sebaik-baiknya yang kita mahukan.
*******************************************
Semalam meninggalkan kenangan dan pedoman
Hari ini kenyataan yang memerlukan kesungguhan
Esok adalah doa dan harapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...