Tuesday 25 November 2008

Aku di Jepun Part 2 (Oktober 2008)

Beberapa minit sebelum kapal terbang mendarat, saya sempat tengok skrin di depan – hairan… Garisan haluan kapal terbang berakhir pada kawasan berwarna biru – LAUT.
“Alamak… biar betul, kapal terbang ni nak mendarat dalam laut?”

Lega betul bila kapal terbang mendarat atas landasan… rupa-rupanya Kansai/Osaka International Airport KIX dibina di atas pulau buatan, yang terletak di Teluk Osaka. Kat dalam peta, hanya kelihatan satu titik kecil di tengah laut. Hujan renyai menyambut ketibaan saya...

Di tempat pemeriksaan imigresen, cap jari dan gambar direkod. Sampai je di depan kaunter, saya terus letak ibu jari kiri dan kanan. Pegawai imigresen geleng-geleng kepala sambil tunjuk-tunjuk jari telunjuk pada saya. Saya pandang kedip-kedip mata - tak faham... dua-tiga kali dia tunjuk isyarat tu... rupa-rupanya bukan cap ibu jari yang dia nak... cap jari telunjuk... pakcik tu macam geram je... tak jadi saya nak senyum masa dia ambil gambar saya... kecut perut la jugak... yelah, 1st time sampai kat sini... kelakar pun ada. Saya teringat ada orang kata kalau ditangkap di negara ni, bukan setakat cap jari telunjuk, kesemua cap jari tangan dan kaki akan direkod. Mak ai...

Kami menaiki limosin yang sangat besar (adalah sebuah bas :p hahaha) menuju ke Herbis Osaka. Kami check-in di Hotel Hilton Osaka. Selepas "tidur sekejap" tengah hari tu kami pergi beli tiket Shinkansen (bullet train) untuk ke Hiroshima besoknye.





Dan tengah hari itu juga pertama kali saya menjamah Japanese cuisine... Saya pernah makan sushi Jusco tu, tapi yang kat sini memang tak sama... saya pun tak pasti apa nama menu yang saya pilih, yang pastinya ada nasi yang macam pulut tu (Japanese steamed rice), sashimi, sayur apekebendetah, mee (ramen?), sos (kicap) dan semestinya miso soup... dan guna chopsticks? gosh! (i'm a pure kampung girl). dulu pernah juga belajar guna chopsticks tapi tak juga pandai-pandai...hahaha... sudahnya saya dok termenung tengok makanan tu...

MFB: "Kenapa? Makan la... hang nak makan nasi lemak ka? mana nak pi cari kat sini... hahaha"

Saya: "Emm takpe la, saya dah makan nasi lemak pun tadi...:p (in flight). Dalam hati: masak la aku tiga minggu makan macam ni...

Hari kedua kami bertolak ke Hiroshima dan check-in di Hotel Granvia Hiroshima. Saya dan IS bermalam di situ dua malam sahaja sebelum berpindah ke Hotel Urbain Hiroshima. MFB dan AM bertolak pulang ke Malaysia lebih awal. Sepanjang kat sini kami berulang alik (working days) dari Hiroshima-Tokuyama menaiki Shinkansen dan seterusnya Tokuyama-Hikari menaiki teksi. Plan asal, saya dan IS tinggal di Tokuyama/Hikari, tapi menurut trading agent kami AI,

"It's better if you stay in Hiroshima. It's difficult for you to communicate and find suitable food if you were in Tokuyama/Hikari. It's a very rural area."

Btw, saya sempat jalan-jalan ke Genbaku Dome dan Hiroshima Castle je... selebihnye masa dihabiskan di kilang paip dan Osaka/Hiroshima town (masa makan)...

Jepun? Hmm...

(1) Traffic light

- Pelik sikit. Sebab limo yang saya naik tu tiba-tiba je berhenti di tengah simpang. Tak banyak traffic light yang ada arrow untuk ke kiri/kanan. (tambah-tambah kat Tokuyama/Hikari). Maknanye lampu hijau tu untuk ke depan atau membelok.

(2) Makanan

- Hmm... memang tak berapa sesuai untuk "perut Melayu" saya ni. Masa mula-mula makan sashimi, saya tak boleh nak telan, tersekat kat tekak... hehehe

(3) Convenience store (kedai 24 jam)

- Senang dijumpai. Ada kat mana-mana je...

(4) Vending machine

- Pun ada kat mana-mana je... jual minuman, rokok, aiskrim (Häagen-Dazs lagi tu... yummy)

(5) Bersih

- Hmm... memang bersih... tapi kadang-kadang jumpa juga sampah tepi jalan... hahaha kantoi

(6) Fesyen

- Fesyen orang Jepun ni macam-macam. Memang gila fesyen depa ni... Ada tu sampai membuatkan saya berfikir: ada jugak orang pakai macam ni... tapi yang lelaki majoriti memang smart, pakai sut...

(7) Zebra crossing

- Lebar giler... sangat la ramai orang melintas... orang Jepun ni jalan laju-laju... pastu basikal pun banyak... lalu kat tempat pejalan kaki juga, so saya ni asyik kena hon (loceng) je la...

(8) Parking

- Canggih... orang Jepun ni letak kereta kat atas ala-ala rak gitu... hehehe... parking biasa pun ade gak...


(9) Teksi

- Teksi Toyota Crown hitam kat mana-mana je... jenama/warna lain ada gak...dan boleh bayar guna kad kredit...

(10) Sawah?

- Boleh ke panggil sawah? sawah kan sinonim dengan lumpur... padi kat sini tak perlu banyak air. Tapi yang saya nak cerita ni, tengah-tengah banyak bangunan tiba-tiba ade sawah dua-tiga petak...hehehe (kat tempat ala-ala bandar sikit...kalau kat kampung lain la...)

(11) Kampung

- Tak macam kampung pun... (mungkin kat tempat lain nampak gaya kampungnya). Tokuyama/Hikari yang dikata kampung tu besar giler... tak macam kampung langsung. Kampung maju

(12) Construction site

- Canggih... kita lalu kat situ tak perasan pun kat situ tengah ada construction...tengok dari jauh baru tahu bila nampak crane...(kalau construction tengah bandar yang banyak bangunan la...)


Footnote: Dah lama giler entry ni terperuk dalam draft... malas nak update...


130109
1209 Hilton Osaka


3 comments:

azuradaud said...

hi mim..kte pun kena marah masa pegawai imigresen tu nak amik gambar..hmm dah letak jari telunjuk kanan dan kiri and dah rasa cam dah tekan tapi dengan lantangnya dia leh cakap(PRESS IT DOWN!!!)perghhh..ni kalah cikgu2 yg garang mase sekolah dulu..hmmm..

Meema Nazirah said...

hahaha...kite takde la plak kene jerkah...tapi pakcik tu jegil mata cam nk terkeluar hahaha

Anonymous said...

Jepun again..
hehe...lame2 hang sangkut dengan mamat Jepun nanti mim!!

weh..lame tak jumpa hang!!

Post a Comment

(^_________^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...