Monday, 10 May 2010

Quickening


Quickening?

Dalam bahasa Melayu apa na? Apa pun, ringkasnya ialah, pergerakan fetus di dalam kandungan yang pertama kali dirasai oleh wanita mengandung.
Ya! Saya dah boleh rasa baby bergerak. Tak tau la dia tendang ke menyiku ke ape ke... yang penting dia bergerak. :D sungguh comel perasaan itu... :)

Normally, wanita yang belum ada pengalaman i.e pertama kali mengandung akan mula merasai pergerakan anak dalam kandungannya pada minggu 20 ke 21. Manakala wanita yang telah berpengalaman akan mula merasai quickening pada minggu ke 18. Tapi saya mula rasa pada minggu ke 16+ atau lebih tepat lagi pada malam 4/5/2010. Masa tu lagi 2 hari nak masuk minggu ke 17. Wahh hebatnya! Kalau ikut kalendar bersalin yang saya dapat dari Pa&Ma ni pulak quickening saya ialah pada 13/5/2010 iaitu pada minggu ke 18. Setelah di-google saya dapat info bahawa quickening ni mungkin dipengaruhi oleh berat badan. Orang yang kurus lebih awal merasai pergerakan bayinya. Hmm...mungkin sbb tu kot.

Mula-mula saya ingat perut saya berdondang sayang sebab lapar. Tapi baru je lepas makan. Mungkin angin kot... Saya pun duduk diam-diam sambil pegang  bawah perut. Lepas tu ada pergerakan susulan. Gerak kecil macam tapping je... Wahh baby dah bergerak... bukan khayalan :) i felt butterfly in my stomach... perasaan nyaman yang sukar digambarkan... there's a life inside of me...

Maksudnya? Saya sekarang berada dalam trimester kedua. Wahh! Tanpa disedari trimester pertama telah berjaya dilalui dengan jayanya... Tanpa morning sickness yang teruk-teruk tu! Alhamdulillah... Minggu lepas masa balik kampung mak bagitau dia pun tak pernah morning sickness masa mengandung. Ohh... rupanya saya dapat legacy dari mak :)
Perut saya? Semestinya lebih memboyot dari biasa walaupun masih kecil. Yup, i still wear my baju kurung to office... :) Semoga perjalanan yang masih panjang ini selamat dan dipermudahkan... aminn...



Sunday, 9 May 2010

Happy Mother's Day


Dear all mommies out there, especially Mak & Maa... Happy mother's day!

Mak, maklah segalanya bagiku...
Sesungguhnya tiada yang dapat menggantikanmu
Terima kasih tak terhingga buat kasihmu
Semoga pengorbananmu selama ini dibalas oleh-Nya dan diberkati selalu




Tuesday, 27 April 2010

Antenatal care - visit #2 (week 15)

hari ni kali kedua ke O&G. dapat turn nombor 9. uhh berjanggut lamanya menunggu... tu la, sape suruh datang lambat.

berat bertambah sekilo hmm still under weight, BP normal... ok good... hari ni tak dapat gambar baby... dia duduk terbalik, telangkup - gambar tak cantik. nampak dia punya spine,jemari... dan muka dia :) heart beat normal... alhamdulillah... doc measure kepala dan tangan baby...

hari ni bertambah plak ubat doc bagi... banyaknya ubat nak kena telan... huhu

dah siap semua rush ke concorde jalan sultan ismail... minggu ni saya ada course the whole week! yay i'm away from office =D


Friday, 23 April 2010

Acute Viral URTI

Aihh... masuk ni dh berapa hari idung tersumbat... dah lebih 2 minggu ni... selesema sejak belum pindah dari GE lagi rasenya... adoila... sangat risau sebab sekarang kan musim H1N1 lagi... dan khabarnya gelombang kedua ni haruslah lebih berwaspada.


Apakah simptom-simptom H1N1?
Gejala utama adalah [influenza-like-illness (ILI)]: sumber
  • demam - ada
  • batuk - ada
  • sakit tekak - ada
  • hidung berair - ada
  • hidung tersumbat - ada
  • sakit otot - tak pasti
  • sakit kepala - kadang2
  • menggigil (chills) - tak pasti...macam takde
  • keletihan - ada
Adakah sekiranya tidak semua simptom itu ada pada saya maka saya tidaklah dijangkiti? hmm?


Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang 
  4. Wanita mengandung - alamak! takutnye
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus 
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression) 
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Pemberian Vaksin H1N1 - Kumpulan Sasar Berkeutamaan
Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut: 
  1. Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan; - makanya, adakah saya tak termasuk dalam kumpulan sasar berkeutamaan? saya baru 15+ minggu dan buat follow up di hospital swasta... hmm, nanti kena tanya Dr. Ariza ni... 
  2. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;
  3. Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan; 
  4. Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan 
  5. Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).

Lagi?...


Saya ada juga simptom orang mengandung...[sumber]
  1. Keletihan - ada
  2. Vena Varikos - belum lagi
    Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil.
  3. Buasir - takde
    Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis.
  4. Pitam - takde
    Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan.
  5. Morning Sickness
    Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya
    (kadang-kadang) dan muntah (takde) boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena (ada), tidak selesa (ada) dan tidak bermaya (takde) untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat (maksudnye kurangkan nasi?) dan susu
  6. Kulit Perut Merenggang - takde... saya dah start guna bio-oil, harap-harap mujarab...insyaallah
    Ia juga dikenali sebagai strect mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.
  7. Bisa Hati - kadang-kadang
    Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet.
    (ouh... saya suka makan pedas dan slalunye bergoreng...hmmm)
  8. Infeksi Vagina - takde...tapi lebih lembap dari biasa
    Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan untuk mengawal jangkitan fungus.
  9. Kerap Buang Air Kecil - ada... satu hari sampai berbelas kali
    Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.
  10. Krem - takde
    Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju.


 Selain itu, saya susah nak tidur malam... gelisah je... kadang-kadang pening kepala




Tuesday, 23 March 2010

First visit to O&G

 dulu tak paham tengok gamba ni...sekarang baru la tau...haha

Hari ni pertama kali gi buat antenatal check up. Excited! Sebab first time scan. Tengok hubby cam biasa je? :-? dia segan kot nk tunjuk lebih2...

Stunning! Sangat excited tengok baby gerak-gerak. Nampak idung dia.

Lepas tu gi lab ambil darah, ngeri...



Thursday, 25 February 2010

what a long hiatus!

huh?










banyaknye sawang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...