Wednesday, 30 June 2010

Antenatal care - visit #5 (week 24)

Today's routine check, as usual...
Baby dok tertonggeng juga... dapat gambar kepala dengan tulang belakang juga... comfort betul dia dengan position tu :)

Kidney still dilated. Berapa ukurannya ye? Makin besar ke tak? Lupa pula nak tanya doc. Doc kata masa mengandung ni tak boleh buat apa-apa. Cuma cek saiznya aje. Kalau dah bersalin nanti baby punya kidney tu masih tak mengecik, further monitoring and treatment will be by pediatrician pulak. Harap-harap benda tu hilang sendiri masa mengandung ni... aminnn... doc pun macam tak concern sangat...macam tak perlu risau sangat...emm tapi, yeke? huhu... :| Apart from that, yang lain semua normal. and i set in my mind it's not that serious... insyaAllah... Baby pun aktif je... :)

Urine ok... berat bertambah... makan lalu... kaki je ada bengkak sikit. :)

ni clip masa detailed scan hari tu

sweet smile for mommy :)


Dilated Kidney?

Saya sedang mencari dan cuba memahami apa itu dilated kidney...
Ada tak sapa-sapa boleh terangkan?
I'm scared stiff...



Tuesday, 22 June 2010

Hari ini

ada apa dengan hari ini?
hari ni ada orang senyum
ada juga yang tidak
ada yang suka
ada yang moyok aje

saya?
syukur Alhamdulillah
 masih dikurniakan rezeki oleh Allah
nikmat pekerjaan masih dirasa

mau demand lebih?
siapalah saya...
bukan hebat sangat pun
dah tu, selalu pulak merungut
ini tak betul, itu tak kena
apa yang saya dapat
rasanya berpadanan
insyaAllah cukup

kalau diberi lebih?
Alhamdulillah
gumbira rasanya
aik? macam nak demand lebih je? hehe
(^_________________^)



Sunday, 20 June 2010

Selamat Hari Bapa


"Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah... "

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di luar sana... Teristimewa buat ayah, abah dan En. Amr. Semoga pengorbanan kalian tanpa keluh-kesah diberi ganjaran oleh Allah SWT... Abang, semoga menjadi ayah yang  terbaik, ketua dan pembimbing teladan kepada penyambung warisan kita... InsyaAllah...
Can't wait to meet our little one :)


Rindu pulak dekat ayah... sob sob...

Thursday, 17 June 2010

Antenatal care - visit #4 (week 23)

Hari ini usia kandungan saya memasuki minggu ke-23. Pagi tadi kami ke APSH buat detail scan - 3D scan. Lambat sampai sebab terlambat bangun.... huhu.... mujur prosesnya sekejap je. Baiknya baby hari ni... elok je position dia. Tak telangkup macam selalu... Umm bukan Doc Ariza... Lupa pulak nak tanya nama Doc tu... hehe...

Doc buat detail measurement; tak ingat sangat, tapi antaranya panjang kaki tangan, saiz otak, saiz jantung, saiz buah pinggang dll. All organ development completed. But, there's a concern... something related to kidney. The filteration system. Doc kata saiznya lebih besar tapi masih normal. Doc kata lagi, for XY selalunya saiz benda tu memang besar sikit. Aahh lega ceq dengaq.... But still need close monitoring katanya... uhhh

Ya Allah, selamatkanlah anak dalam kandunganku ini, bentukkanlah dia menjadi sempurna, sihat walafiat jasmani dan rohaninya. Bentukkanlah peribadinya dengan akhlak yang Engkau redhai, beriman dan bertakwa kepadaMu serta berbakti kepada kedua ibu bapa. aminnn...

Our next dating at APSH is this coming 30th June. Routine check. Hopefully ada good news. Semoga selamat semuanya... Aminn.


*****

Antenatal care - visit #3 (week 20)
Adik's Convo
26th May 2010

Sampai klinik awal. Dalam pukul 8.30. Itupun dapat turn nombor 5... huhu ingatkan datang awal dapat la nombor 1 takpun 2. Nampaknya lewat juga...

Hari ni adik konvo di UiTM Shah Alam, sebab tu datang klinik awal. Nak kena bawa famili ke sana sebelum pukul 12. Terkejar-kejar la jugak. Mulanya Tam yang nak hantaq depa. Siap ambil cuti lagi budak tu. Last-last En. Amr offer nak pergi sebab dia masuk kerja malam.

Routine check macam biasa... berat bertambah sikit... baby pun ok. Tapi dia dok telangkup pulak. Memang favourite position dia kot. So gambarnya tak cantik... Lepas ambil ubat terus rush balik rumah. Depa dah siap tunggu kat tepi jalan. Sampai kat UiTM elok je 11.30.

Lohh... kena naik bas pulak ke dewan konvo tu. En. Amr membebel-bebel. Kalau macam ni baik tak payah ada sticker "Graduan" katanya. Haha... Ya, suamiku suka membebel... Ore Klate kata "merepek". Selalunya bila saya merungut dia membebel, dia akan kata "itu la, dah ayang buat tak betul... kata abang merepek pulak... lain kali buat la betul" hehe...

Sampai je kat dewan atas bukit tu, adik terus gi register dan masuk dewan. Ramainya manusia, panasnya toksah cerita. Lama pula tu... Bila mak dan ayah masuk dewan, kena jaga Aqil yang suka buat perangai tu pulak... sempat la dia dok berguling kat atas tar dua tiga kali... kena pulas telinga dua tiga ketul... adoi, pening kepala...Mak memang suka bawa Aqil kemana je... pastu selalu cakap "nanti tok tak bawak dah" bila si Aqil buat perangai. Tapi segeting jugak si Aqil tu dibawak. adoi... Lama jugak depa stay kat rumah kami yang kecil tu... dari 22 sampai 27 haribulan. Selalunya mak bukan nak jalan jauh-jauh lama-lama... Masa saya konvo dulu pun Abang Oun sorang je yang gi. :(

Hmm... kami tak bagi adik apa-apa pun... bunga pun takde... sekadar ucapan tahniah. kesian... "takpa la dik, konvo diploma ja... nanti hang konvo degree aku bagi la bunga" hahaha



Wednesday, 16 June 2010

Recent activity

My baby is busy with baby workouts and playing somersaults.


Aktiviti saya di rumah sejak dua menjak ni = tengok perut sendiri! hehehe...
Ya, looking at my baby bump movement = excitement!
Hehe… First timer yang sangat teruja… thrilled gitu. Siap imagine baby dok buat stretching. Actively kicking here and there. Maybe baby pun teruja dengan world cup kot :p
Rasa geli-geli ada, senak-senak pun ada…
Semoga baby sihat sejahtera kat dalam nu...=D

Sakit belakang dan lenguh-lenguh semakin menggigit-gigit... Ouch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...