Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 17 June 2010

Antenatal care - visit #4 (week 23)

Hari ini usia kandungan saya memasuki minggu ke-23. Pagi tadi kami ke APSH buat detail scan - 3D scan. Lambat sampai sebab terlambat bangun.... huhu.... mujur prosesnya sekejap je. Baiknya baby hari ni... elok je position dia. Tak telangkup macam selalu... Umm bukan Doc Ariza... Lupa pulak nak tanya nama Doc tu... hehe...

Doc buat detail measurement; tak ingat sangat, tapi antaranya panjang kaki tangan, saiz otak, saiz jantung, saiz buah pinggang dll. All organ development completed. But, there's a concern... something related to kidney. The filteration system. Doc kata saiznya lebih besar tapi masih normal. Doc kata lagi, for XY selalunya saiz benda tu memang besar sikit. Aahh lega ceq dengaq.... But still need close monitoring katanya... uhhh

Ya Allah, selamatkanlah anak dalam kandunganku ini, bentukkanlah dia menjadi sempurna, sihat walafiat jasmani dan rohaninya. Bentukkanlah peribadinya dengan akhlak yang Engkau redhai, beriman dan bertakwa kepadaMu serta berbakti kepada kedua ibu bapa. aminnn...

Our next dating at APSH is this coming 30th June. Routine check. Hopefully ada good news. Semoga selamat semuanya... Aminn.


*****

Antenatal care - visit #3 (week 20)
Adik's Convo
26th May 2010

Sampai klinik awal. Dalam pukul 8.30. Itupun dapat turn nombor 5... huhu ingatkan datang awal dapat la nombor 1 takpun 2. Nampaknya lewat juga...

Hari ni adik konvo di UiTM Shah Alam, sebab tu datang klinik awal. Nak kena bawa famili ke sana sebelum pukul 12. Terkejar-kejar la jugak. Mulanya Tam yang nak hantaq depa. Siap ambil cuti lagi budak tu. Last-last En. Amr offer nak pergi sebab dia masuk kerja malam.

Routine check macam biasa... berat bertambah sikit... baby pun ok. Tapi dia dok telangkup pulak. Memang favourite position dia kot. So gambarnya tak cantik... Lepas ambil ubat terus rush balik rumah. Depa dah siap tunggu kat tepi jalan. Sampai kat UiTM elok je 11.30.

Lohh... kena naik bas pulak ke dewan konvo tu. En. Amr membebel-bebel. Kalau macam ni baik tak payah ada sticker "Graduan" katanya. Haha... Ya, suamiku suka membebel... Ore Klate kata "merepek". Selalunya bila saya merungut dia membebel, dia akan kata "itu la, dah ayang buat tak betul... kata abang merepek pulak... lain kali buat la betul" hehe...

Sampai je kat dewan atas bukit tu, adik terus gi register dan masuk dewan. Ramainya manusia, panasnya toksah cerita. Lama pula tu... Bila mak dan ayah masuk dewan, kena jaga Aqil yang suka buat perangai tu pulak... sempat la dia dok berguling kat atas tar dua tiga kali... kena pulas telinga dua tiga ketul... adoi, pening kepala...Mak memang suka bawa Aqil kemana je... pastu selalu cakap "nanti tok tak bawak dah" bila si Aqil buat perangai. Tapi segeting jugak si Aqil tu dibawak. adoi... Lama jugak depa stay kat rumah kami yang kecil tu... dari 22 sampai 27 haribulan. Selalunya mak bukan nak jalan jauh-jauh lama-lama... Masa saya konvo dulu pun Abang Oun sorang je yang gi. :(

Hmm... kami tak bagi adik apa-apa pun... bunga pun takde... sekadar ucapan tahniah. kesian... "takpa la dik, konvo diploma ja... nanti hang konvo degree aku bagi la bunga" hahaha



Saturday, 6 September 2008

Anak Menakan Baru

Meet my new little nephews; age: a week+


Amir Rahman


Ahmad Syahid

Bila tah nak balik tengok depa...

pika21

Saturday, 23 February 2008

~Cerita Biasa~

Dah lama tak mengepos cerita... tak ada cerita sebenarnya... cerita yang sama ja... jadinya malas nak bercerita... (apa aku cerita niquestion) kehidupan saya biasa saja... terlalu biasa... asyik berulang-alik dari KL ke Labuan dan Labuan ke KL... saya baru sampai dari KL 9.15 tadi... balik KL 3 hari tak sempat buat apa pun. kerja, kerja, kerja... ingat nak shopping, tak jadi pun. tapi bagus juga, sekarang bukan musim sale... hari tu balik cuti Raya Cina pun tak sempat shopping.confused

Oh ya, Raya Cina hari tu saya balik bercuti di kampung seminggu... biggrin seronok... duduk rumah je seminggu tu, main dengan Aqil yang baru tumbuh gigi dan baru belajar merangkak... tapi sempat juga naik kereta baru Maksu dan jalan-jalan ke Perlis... dan jumpa kawan-kawan baru yang juga kawan-kawan kepada kawan-kawan saya dan akhirnya salah seorangnya "termenjadi" agen Takaful saya...

Aqil; malas nak layan Maklang dia


Aqil; teruja hehehe


Aqil dan aksi-aksinye

********************************************
Kelmarin saya borak-borak dengan GM... dia ada cakap nak suruh saya balik KL untuk kerja lain... kalau jadi mungkin dalam dua tiga minggu lagi... seronoknye... harap-harap jadi la tu...

********************************************
I'm currently watching Korean Drama; Coffee Prince... razz
Tapi baru sampai episod 5... nak bersuka ria pun dah takde masa... neutral

Monday, 10 December 2007

++my brother's wedding++

Pada 30 Nov - 5 Dec yang lepas saya telah bercuti di kampung dengan jayanya...:woooh:
My officemates keep on grumling;

"Ko ni asik balik je...why can't u just stay here, do your works"
"Hohoho... i got reasons lah! Abang aku kawen... tak kan aku tak balik pulak"
(dalam hati: hahaha :ahaha:~evil laugh~ aku memang dah tak larat dok sini la.)

Finally, Abang Oun dah jadi suami orang...
I'm happy for him. But deep inside me, I felt sort of "sadness". Abang Oun and I... our special relationship... he's always understands me... very caring and loving. All this while, dia la yang temankan saya ke mana-mana... being my brother cum friend cum companion cum body guard... sometimes I felt can't do anything (related to him) without him...:sigh:(of course la tanpa dia pun saya boleh buat macam-macam hehehe:eheh:)

Pasni saya takleh la terlalu bergantung pada dia... he's got others to take care of... When "something" happened to Abang Oun, I thought dia mungkin kawen lambat... tup tup cepat la pulak... dah jodoh...razz

Orang yang sangat excited pasal kenduri ni (lepas Abang Oun lol) adalah ayah... (hmm...mak pun excited jugak :woooh:). 2 ekor lembu dan seekor kerbau selamat ditumbangkan... (saya hanya tau pada pagi hari kenduri tu). Patut la ayah kata:
"kali ni ja ayah nak buat kenduri besar. nanti kakak ngan adik ayah nak buat kenduri makan bihun ja..."
erk
:puppyeyes:huhu... ayah ni... kot ya pun jangan la habaq kat cek depan-depan...cry

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya (kampong style:please:) walaupun berlaku sedikit "keributan" pasal "berkat" yang disediakan untuk tetamu ngan sorang tetamu non-muslim yang datang. Actually ayah tak jemput pun kawan-kawan non-muslimnya sebab buat kenduri sekali dengan aqiqah... tiba-tiba ada pulak officemate Abang Oun tersesat... rupa-rupanya ada kawan dia yang bawa "apek" tu datang bcoz dekat kad jemputan tertulis "kepada semua". Luckily dia ala-ala faham dan tak makan daging... dia ambil ayam...

Penat jugak
:sweaty:sejak hari saya sampai di rumah 30hb sampai hari last 4hb... (walaupun saya takde la buat banyak kerja wink, buat benda-benda remeh-temeh tu...) sengal-sengal badan... saya tak sempat tolong cuci kawah hehe... bcoz kena masuk office kat KLCC 5hb and fly back to Labuan on the 6th.

***********************************


Abang Oun and i -37th UTM Convo;
3rd September 2006-
***********************************

"Adik: Tiap-tiap tahun umah kita buat kenduri kan"
"Mak Lang: Ha...tahun depan buat lagi...
(sambil senyum kambing kat saya)lol"
***********************************
Kenduri sebelah keluarga pengantin perempuan;
1 Disember 2007
Kenduri sebelah keluarga pengantin lelaki;
3 Disember 2007

***********************************
:anongnangyari:

Thursday, 1 November 2007

++my little nephew++

Aqil Rahman… my first ever anak menakan… dan cucu sulung mak ayah… teringat-ingat dekat dia… geram betul… sekarang ni dia dah 6 bulan lebih, baru boleh meniarap dan cuba-cuba nak “tarik perut”… dah pandai usha barang-barang, kesian tengok dia, mesti kempunan nak pegang tapi dia belum pandai genggam barang. Bulan-bulan depan sahla habis barang-barang mak saya “dikemasnya” =p…

Aqil Rahman

Abang saya ni peminat Ustaz Akil Hayy… itu sebab la dia bagi nama dekat anaknya Aqil. Rahman tu pula sempena nama arwah tok wan, Abdul Rahman (Al-Fatihah). Kunun-kununnya dia nak letak Rahman kat belakang semua nama anak-anak dia… sebenarnya abang saya ni berkahwin agak lambat; tahun lepas… masa tu umur dia 32. I remember that time, I was sitting for my final exam (dah tak ingat paper ape).. habis je exam tu (27-Mei-2006) saya terus balik kampung. Ayah dengan abang datang berdua je, tempat duduk belakang dan bonet fully reserve untuk saya dan barang-barang yang dikumpul selama 5 tahun.. memang macam orang nak pindah rumah..(thanks to Ana, Fatimah, Mida.. yang tolong kemas barang saya last minute tu..). Sepatutnya saya join kawan-kawan berlibur di Batu Layar (kalau tak salah la) pada 29hb, tapi sebab abang menikah pada 30hb saya terpaksa balik lebih awal…kalut sampai terlupa nak pulangkan kunci bilik hostel, terpaksa pula dipos kepada Nad (thanks to Nad yang telah memulangkan kunci saya ke pejabat KTHO). Alih-alih abang saya tak menikah pun pada hari yang telah dirancangkan tu. Rupa-rupanya hanya saya seorang tak tahu yang majlis tu telah ditunda ke hari lain…frust betul masa tu…rugi tak dapat join trip ke Batu Layar tu..

Tak sangka cepat pula dapat anak saudara... oleh kerana saya anak ke 3, saya dipanggil mak lang. Sebenarnya saya suka budak-budak, tapi saya tak pandai nak layan… so, selalunya yang bermain dengan Aqil adalah adik saya. Dia tu sangat suka baby.. maybe sebab dia tak ada adik kot. First time saya tengok Aqil, saya rasa dia tak comel sangat.. tapi sekarang ni comel pula =).. Cuma sekarang dia jadi budak yang sangat “baik”. Orang agah pun takde ape-ape reaction…saya pula naik geram, penat kita dok agah dia boleh buat derk je. Kalau sape-sape pegang pun dia diam je..sesetengah baby kan akan menangis..pelik pulak anak saudara saya ni…macam pasif je? Tapi mak saya kata abang saya dulu pun macam tu juga.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye tak?

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Bulan Disember ni abang saya yang kedua pula akan berkahwin… tahun depan dapat lagi anak buah =)


Beraya di rumah bakal kakak ipar no.2
(dari kiri: Saya, Makteh, bakal kakak ipar: Kak Yati, dan yang nampak separuh tu mak Kak Yati)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...