Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts
Monday, 20 September 2010
Raya 1431H
Salam.
Masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya... :)
Walaupun hari ini dah hari raya ke-11
Ada yang dah beraya 6, ada yang belum habis puasa 6, ada juga yang tak start2 lagi... macam saya haha :p
Raya tahun ni?
Raya pertama bersama suami
Beraya ber-2 + 1 :)
Beraya di kampung hubby bersama keluarga baru :)
Tempat baru, suasana baru, juadah yang lain dari biasa...
Dua hari sebelum raya pulang ke kampung suami
nak merasa berpuasa di sana
awal puasa saya dah balik ke kampung saya :D
Raya pertama di rumah nenek sebelah ibu mertua
Raya kedua di rumah nenek sebelah bapa mertua
Meriah dengan saudara mara...
Raya ketiga baru balik rumah mertua, ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah
Raya keempat malamnya majlis solat hajat semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan kelahirannya... aamiin
Raya kelima bertolak ke kampung saya pula, dua malam di sana
Raya ketujuh bertolak balik KL, suami kerja petang esoknya
Lama juga kami bercuti..hehe
Ouh... kami tak ada gambar raya...huhu
dek kerana sibuk mengambil gambar orang/benda lain
terlupa nak berposing :|
nanti nak pakai baju raya pastu berposing sakan...hehe
Balik kampung hari tu pinjam kamera abang saya
Sekarang ni encek rumet sibuk belajar kamera DSLR... hohoh
siap study manual, search info kat internet.
nak tidur pun masih pegang nota
semua benda dia snap... haha
Bagus juga, lepas ni saya ada personal photog :D
tapi.... nak kena invest equipmentnya la pulak... huhu
Lepas raya ni jugak saya dilanda penyakit 3-serangkai: demam, selesema dan batuk.
Dah dekat seminggu... nak makan ubat, tak boleh sebarangan... terpaksa menahan
Seksa betul... sepanjang mengandung ni dah masuk bape kali demam macam ni
Lenguh-lenguh, sakit tulang
Mengiring kanan tak betul, mengiring kiri tak betul, telentang lagi la tak betul...
Paling tak tahan batuk
Risau jugak effect pada baby...
Ya Allah, semoga berguguran dosa-dosaku dengan kifarah dan ujianMu ini... aamiin
Thursday, 9 October 2008
:: Selamat Hari Raya ::
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H
Hehehe... orang dah habis puasa 6 baru nak wish... Sangat sibuk... tak sempat nak post n3...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H
Hehehe... orang dah habis puasa 6 baru nak wish... Sangat sibuk... tak sempat nak post n3...
Saturday, 22 December 2007
~Eid Adha_open house~

tempat kami menginap, Tiara Hotel Labuan
antara juadah raya kami
Cik Arinee & En. Nazim
*******************************************
Hmm...first time beraya kat hotel...it's not as bad as i thought before
Wednesday, 19 December 2007
++Selamat Hari Raya Aidil Adha++
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428H
*******************************************
Tahun ni famili saya buat korban... baru je lepas borak dengan famili... meriah betul kat rumah... oh ya, kampung saya banjir, tapi rumah saya tak naik air... walaupun banjir, raya tetap raya
Tak tau nak pi beraya di mana esok... Plan dengan Mimi nak ziarah bilik kawan-kawan kat Tiara ni = En. Azeman, En. Azman dengan Pak Andre... (beraya di hotel
*******************************************
Firman Allah bermaksud :
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)-Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
(Surah al-Hajj, ayat 27)
Tuesday, 30 October 2007
++Post Raya Fever++
Pejam celik..pejam celik dah pn tiga minggu Aidilfitri berlalu...tapi masih dalam mood Syawal kan...kuih raya pun ada lagi...seminggu saya di kampung, seronok betul berkumpul dengan famili dan saudara mara...ada member kata:
Tapi saya tak rasa boring pun...banyak lagi rumah saudara dan kawan-kawan yang tak sempat dikunjungi...ramai juga kawan-kawan yang terasa hati...kepada kawan-kawan yang tak sempat diziarahi pada tahun ini, maaflah kerana tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dirancang...insyaAllah ada kelapangan akan saya usahakan pertemuan...raya tahun ni ramai kawan-kawan yang melangsungkan hari bahagia...ramai pula yang telah dan akan menerima "orang baru" salah seorangnya adalah sepupu saya sendiri...kami sebaya, dia dah ada dua cahaya mata...ramai pula yang merisik khabar:
Semasa beraya di rumah maksu (bau-bau bacang cum member kamceng), kami ada berbincang pasal topik ni...
Yelah...saya perasan jugak...kenapa ye?
Tapi saya realise something...lelaki walaupun dah kahwin, masih keluar dengan kawan-kawan...perempuan pula sebaliknye...maksud saya bukanlah tak ada masa langsung untuk kawan-kawan...cuma jarang...banyak asbabnye kan...first and foremost isteri perlu minta izin suami dulu...dan lain-lain lagi...apa pendapat kawan-kawan? =) Sepupu saya Fazilah, adalah kawan yang dah bersuami yang selalu berhubung dengan saya...maksu sempat bergurau...
Selama ni saya selalu mengeluh...tentang macam-macam perkara...tapi pelbagai peristiwa yang berlaku banyak mengajar dan menyedarkan...hargailah apa yang kita miliki sebaiknya sementara kita masih memilikinya kerana tak semua yang kita miliki itu kekal abadi, tiba waktunya ia akan diambil semula oleh Pemilik yang Khaliq...
"boring pulak amik cuti lama-lama"

"bila lagi?..."
Semasa beraya di rumah maksu (bau-bau bacang cum member kamceng), kami ada berbincang pasal topik ni...
Maksu:
"perasan tak, kita jarang contact, jumpa member-member kita yang dah kawen...depa pun jarang contact kita kan?...kecuali Fazilah sorang...
Yelah...saya perasan jugak...kenapa ye?
Saya:
"ala maksu, orang dah kawen kan banyak komitmen mana boleh nak join aktiviti kita...dulu single ade banyak masa boleh la...Fazilah tu kan housewife...banyak masa..."
Tapi saya realise something...lelaki walaupun dah kahwin, masih keluar dengan kawan-kawan...perempuan pula sebaliknye...maksud saya bukanlah tak ada masa langsung untuk kawan-kawan...cuma jarang...banyak asbabnye kan...first and foremost isteri perlu minta izin suami dulu...dan lain-lain lagi...apa pendapat kawan-kawan? =) Sepupu saya Fazilah, adalah kawan yang dah bersuami yang selalu berhubung dengan saya...maksu sempat bergurau...
Maksu: "kita pulak yang tak larat nak melayan sms dia...=p"
Saya:
"itula...tambah-tambah aku yang bz ni...tapi hang jangan pulak tak revert kat dia...dah ada orang ingat kat kita ni...kita kena menghargai dia..."
Selama ni saya selalu mengeluh...tentang macam-macam perkara...tapi pelbagai peristiwa yang berlaku banyak mengajar dan menyedarkan...hargailah apa yang kita miliki sebaiknya sementara kita masih memilikinya kerana tak semua yang kita miliki itu kekal abadi, tiba waktunya ia akan diambil semula oleh Pemilik yang Khaliq...
Monday, 8 October 2007
++Eid Mubarak++
Ampun & maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena-mengena
Semoga dimaafkan…

Sudut di Sheraton Hotel Labuan yang menarik perhatian
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)