Showing posts with label MyLife. Show all posts
Showing posts with label MyLife. Show all posts

Monday, 20 September 2010

Raya 1431H


Salam.

Masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya... :)
Walaupun hari ini dah hari raya ke-11
Ada yang dah beraya 6, ada yang belum habis puasa 6, ada juga yang tak start2 lagi... macam saya haha :p

Raya tahun ni?
Raya pertama bersama suami
Beraya ber-2 + 1 :)
Beraya di kampung hubby bersama keluarga baru :)
Tempat baru, suasana baru, juadah yang lain dari biasa...

Dua hari sebelum raya pulang ke kampung suami
nak merasa berpuasa di sana
awal puasa saya dah balik ke kampung saya :D
Raya pertama di rumah nenek sebelah ibu mertua
Raya kedua di rumah nenek sebelah bapa mertua
Meriah dengan saudara mara...
Raya ketiga baru balik rumah mertua, ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah
Raya keempat malamnya majlis solat hajat semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan kelahirannya... aamiin
Raya kelima bertolak ke kampung saya pula, dua malam di sana
Raya ketujuh bertolak balik KL, suami kerja petang esoknya
Lama juga kami bercuti..hehe

Ouh... kami tak ada gambar raya...huhu
dek kerana sibuk mengambil gambar orang/benda lain
terlupa nak berposing :|
nanti nak pakai baju raya pastu berposing sakan...hehe


Balik kampung hari tu pinjam kamera abang saya
Sekarang ni encek rumet sibuk belajar kamera DSLR... hohoh
siap study manual, search info kat internet.
nak tidur pun masih pegang nota
semua benda dia snap... haha
Bagus juga, lepas ni saya ada personal photog :D
tapi.... nak kena invest equipmentnya la pulak... huhu

Lepas raya ni jugak saya dilanda penyakit 3-serangkai: demam, selesema dan batuk.
Dah dekat seminggu... nak makan ubat, tak boleh sebarangan... terpaksa menahan
Seksa betul... sepanjang mengandung ni dah masuk bape kali demam macam ni
Lenguh-lenguh, sakit tulang
Mengiring kanan tak betul, mengiring kiri tak betul, telentang lagi la tak betul...
Paling tak tahan batuk
Risau jugak effect pada baby...
Ya Allah, semoga berguguran dosa-dosaku dengan kifarah dan ujianMu ini... aamiin






Tuesday, 22 June 2010

Hari ini

ada apa dengan hari ini?
hari ni ada orang senyum
ada juga yang tidak
ada yang suka
ada yang moyok aje

saya?
syukur Alhamdulillah
 masih dikurniakan rezeki oleh Allah
nikmat pekerjaan masih dirasa

mau demand lebih?
siapalah saya...
bukan hebat sangat pun
dah tu, selalu pulak merungut
ini tak betul, itu tak kena
apa yang saya dapat
rasanya berpadanan
insyaAllah cukup

kalau diberi lebih?
Alhamdulillah
gumbira rasanya
aik? macam nak demand lebih je? hehe
(^_________________^)



Friday, 11 June 2010

Kisah berbabak

Dia PM saya:

dia: leisure time buat ape?
dia: tak main sports? bowling ke?
saya: tak...tak reti...fail la sport ni...
saya: tengok je...jadi pom-pom girl
dia: ada hikmahnya kita tak bersama
saya: hurm? erk! what the..... 
dia: i love sports - bowling very much
saya: uhh ape kejadahnye... hmm yelah... maybe dia nak stress this - kita tak serupa
saya: i dok rumah je... i love to be at home very much
saya: ohh dulu ada jugak keluar outing dengan kawan-kawan. sekarang dah kawen susah la sikit
dia: husband kat kedah ke kl?
saya: dia kat sini...
saya: dia kerja shif... tu yang susah sikit nak jalan-jalan
dia: oh... busannyer
saya: hmmpphh what???
dia: i am sorry, to neglect the attention that once you gave
saya: Allah knows best
dia: if not, i would have treasured you and you will not be bored at home
saya: ...
saya: Allah knows what best for me

*****

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -2:216

semoga Allah kurniakan dia pengganti yang lebih baik.





Saturday, 21 March 2009

Tertekan - dek diri sendiri


mesti digest nota ini SEGERAexclaim

:ayokona:

|

:scream:

|

:sigh:

|

:tsk:

...

futnot; henpon buruk itu sekadar nak bagitau ketebalan nota itu...


:hilo:

Sunday, 25 January 2009

kosong...

Why i keep on messing things up...


what a relief if it is as if i were a judge in a court... i'll tell the writer:
"please strike through from the word bla bla bla to the word yada yada yada,,,"


oh, by the way i'd rather like this one:
"please strike through everything from 23rd October 2007 until 21st Jan 2009. on 8.32 pm to be precise"

busyettt!!!


hmm... my dear, everything happens with a blessing in disguise... He will not let you go through it if you cant bear it...

jadilah orang yang bersyukur...

Wednesday, 5 November 2008

Here Again...

Kembali ke Labuan...

Aduyaiii... tak dapat nak melenakan diri... esok kerja la c'meema...confused

Tak boleh tidur, mungkin sebab dah agak lama tinggalkan sini... lagipun menumpang bilik kawan. Saya booking bilik pada 15 haribulan depan, tup-tup terawal pula balik sini, so terpaksa la menumpang sehingga dapat bilik sendiri 7 haribulan ni. Hotel kat sini seperti biasa la, full house memanjang. Flite pun penuh je memanjang...

Kepala dah pening-pening ni... tapi degil betul mata ni taknak tido... hish
Makanye... c'meema pun menyebokkan diri menukar template blognye... lagi...wink

Harap-harap dapat men-tune kepala untuk kembali bekerja di site... heh macam la lama benor dia tu meninggalkan kehidupan normal di sini...tahapehapetahrazz
pika21

Sunday, 26 October 2008

Di Kala Kesunyian Menjengah Di Hari Boringku (Aku di Jepun -Episod 1)

Waktu tempatan saat ini adalah : jam 1711...

Sungguh bosan bermalas-malasan di bilik kecil ini... ohh, cantik sungguh gambar yang diletakkan di website itu... spacious... tapi, kenapa tidak sama, sama sekali dengan kamar yang aku huni ini? sungguh kecil... nasib baik aku ini kecil juga orangnya... kasihan pada IS yang agak besar itu opss jahat aku ni kata dia besar hahaha

Bilik Hotel ini;
hmm... very nice... cozy... complete... oh btw saya stay at LADIES FLOOR. so, banyak barang kosmetik disediakan... lotion berbagai-bagai jenis, face mask, hand wash gel, facial foam, cleaning oil, hair essence, hair clip, hair net... all by Shiseido. tak cukup iron, siap ade hanger steamer... jakun gile nak guna... ironnye pulak cordless... very cool (ohh kawan-kawan, betapa jakunnye aku!). semuanye nice... hotel pun baru... yang tak nicenye bilik tecik gile... nasib baik katil beso... untuk pengetahuan, ini adalah hotel yang ke-3 sepanjang saya di sini. saya telah membayar ¥96,200 untuk penginapan dari 18 hingga 28 Oktober. Oleh itu, wahai kawan-kawan janganlah berkecil hati sebab saya tak bawa balik cenderahati untuk kamu-kamu... hatta sehelai t-shirt putih nipis yang tertulis "Genbaku Dome Hiroshima" itu pun berharga tidak kurang RM100. Barulah kutahu salah satu sebab kenapa Negara Matahari Terbit ini mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi... very high cost of living...

Sebenarnya, saya telah bersiap awal2 pagi dan menunggu panggilan IS untuk keluar jalan-jalan. malangnya sehingga waktu dan saat ini, masih tiada khabar berita darinya... isk3 :( sangat sedih... saya sangat teringin berkunjung ke Miyajima... yelah, alang-alang dah kat sini kan... takpelah maybe next time... oh btw, IS itu bekerja dengan Shell. Tapi cakap-cakapnye nak cari kerja lain kalau salary reviewnya dengan HR lepas balik dari sini tak seperti yang dia nak. Dia itu pada hemat saya sungguh bergeliga otaknya... graduate Plymouth U. Dia itu muda setahun dari saya, tapi lebih matang orangnya... aku ni bila tah matangnya hahaha ;)

Berbalik kepada cerita bosannye saya pada hari ini...
Mujurlah saya membawa bersama "Hijab Sang Pencinta", bolehlah juga dibuat ubat bosan itu... penat membaca padahal banyak lagi bacaan urusan kerja tak dimulai apa lgi nak dibuat? tekan-tekan remote tv takde cerita best... tak faham pula tu... godek-godek laptop saya bawa laptop company jumpa pulak lagu-lagu, game dan gambar... eh tak sangka laptop company ade benda-benda ni...hehehe best jugak tengok-tengok gambar orang ni... thanks HI dan NSF... banyak pulak lagu best...

Oh dah malam... sampai jumpa lagi di episod akan datang...



my room and kosmetikus


gobok terbuka yang sangat tecik... baju-baju lainnye selamat di dalam beg sila abaikan stokin busuk berbelang-belang itu... hahaha


bilik air... tengokla teciknye bath tub itu...



cordless iron dan hanger steamer...


part of Hiroshima from my window... oh tu ade Kodama Shinkansen sedang lalu...

Tuesday, 26 August 2008

Tensen

Everything went wrong today...
got flat tyre pepagi plak tu
been scolded macam la aku tak buat keje...woi cakap senang laexclaim @#$%%^&
major issue and problem came out masa ni la macam-macam masalah nak datang @##$*&&%
bila la pojek ni nak siap
warghhhhhhhh
tak larat dah ni


::(

Monday, 18 August 2008

the truth is...

PAINFUL
:tsk:


Getmyspacecomments

Is it a FORTUNE or what? A blessing in disguise? (kenapa aku berfikir dengan sangat POSITIF ni? macam tak berperasaan pulak...)

Thursday, 3 July 2008

Life Goes On

I went back to KL last weekend wink .. Supposedly, me and Eiyl went to Aja’s kenduri kahwin somewhere in Malacca. Unfortunately, Eiyl got busy with her structures’ load-out. I flew back on my own and cancelled the kenduri kahwin trip…

I went shopping on Saturday; with my housemate and a friend of her. We went out quite late in the afternoon. My intention in the first place was to buy myself a baju kurung for this coming raya (takot tak sempat beli la kunun…mana tau kot-kot beraya di Labuan) dan saya sekadar menemani Fatimah dan Kak Ros ber-shopping. End-up, I was the one who did the shopping thing. It was raining that afternoon. Luckily Fatimah brought her umbrella. I bought my Cik Mim 6 blouses and 3 scarfs hahahbiggrin

The next morning, I made my friend Haizan waiting for me for 1++ hours at the parking near Andaman. Sorry Haizan… hehehlol. We went to Tasik Titiwangsa and KLCC (luckily I didn’t bump into my colleague…kalau tak haru la jugak jadinya) then we went to Alamanda had a hot chocolate and popiah (hahah ekceli saya nak beli berus gigi dan ubat gigi je...sampai ke Alamanda peginye…). We were having a “romantic” rainy view…wink hahaha Btw, my friend Haizan works at PJH, so Alamanda tu ala-ala tempat dia lepak. Dah boring katanya… I was over-night somewhere in Bangi that night. Early in the next morning Haizan picked me up and sent me to LCCT. I hate flying early in the morning…confused

Yesterday, I went to KK with my bosses. Amboiiii…wink it was a worthwhile two-hours meeting… I met my schoolmate, Liyana and she told me “Saiful Bukhari Azlan” (yang tengah glemer sekarang ni…) happens to be her cousin’s fiancé… woohhh eek…such a kesian (to her cousin). I also met my PIPE friends, Rani and Azwan. Then, a friend of my boss, Hj. fetched us at SBO office. We had our lunch at Sutera Harbour Marina.. Hj. is a partner of Dr. Halim Ali who invented the hydrofuel wooohhhh eek (on the TV3 news 1 July 2008). He is a very business-man… very energetic and talk all the time (but very fruitful)… Hj. Sent us to KKIA and we flew back to Labuan the same day.

Today? Nothing much… kerja macam biasa… lunch with Hana and Aley at Kedai Kopi CERIA (sup kat situ sodappp. –Aley, we didn’t snap a pict today! Sorry I don’t have a pict of you having that soup…lol)… went to Celcom Center… back to office… Owhh lupa pulak… Maxis kat Sabah/Labuan dah 4 5 hari weng… sejak saya sampai dari KL haritu… macam-macam dengarnya… kena virus la… tower tumbang la… tengah upgrading la…sigh… family yang guna Maxis je tu memang terputus hubungan gile-gile la...

Tuesday, 24 June 2008

just another update

i dont feel like doing anything...
iyakk iyakkk haarghhh dusyumm dusyyumm
i dont like this feelin~~~sad

hmm tak ada apa sangat yang nak digembar-gemburkan. rutin kerja seperti biasa... cuma terasa agak down dengan situasi sekarang... dengan orang sekeliling yang memandang kami secara agak berlainan gara-gara harga minyak yang naik itu... words from my boss soothed us and opened our hearts... harap-harap semuanya akan berlalu dan kembali seperti biasa

saya nak balik KL sangat-sangat... i really miss my housemates.. hehehwink
terasa macam dah lama pulak tak bersosiallol

Thursday, 19 June 2008

Tangisan Tanpa Air Mata






Saya sangat sedih pada hari ini...cry

::(

Friday, 25 April 2008

Tired

Hmm... penatnyeee... :f

Wednesday, 26 March 2008

Di Persimpangan Dilema

Diluah mati emak, ditelan mati bapak... aduhhhhexclaim semalaman berfikir... belum ketemu jawapan... susahnya nak buat pilihan...

Yang nombor satu:

1- dah plan dari tahun lepas...
2- bersuka-ria (tanpa perlu memikirkan soal kerja)
3- dah keluarkan belanja yang banyak (memang banyak dan guna 100% duit sendiri)
4- exciting... very-very excitingexclaim (never done before and really want to do it)
5- adventurous... (perlu stamina, mental dan emosi yang kuat)
6- dengan kawan-kawan (dah kenal)
7- maybe ada peluang lagi next time (tapi, kalau dah tak single maybe susah sikit)
8- belum cukup physical training (untuk stamina)
9- keputusan sendiri (untuk kepuasan sendiri)
10- kalau tak buat; kena cari pengganti (ataupun duit tu hangus camtu je)

Yang nombor dua:

1- datang mengejut... (baru dapat tau petang semalam)
2- urusan kerja (perlu buat sedikit homework for some knowledge for own good)
3- perlu keluarkan belanja yang banyak (company tanggung plus kena keluar duit lagi... untuk some preparation)
4- exciting too...question (never done before but yet tak kesah pun kalau belum berkesempatan)
5- new experience... (perlu keyakinan and some courage)
6- dengan colleagues dan vendor (some dah kenal)
7- maybe ada peluang lagi next time (memang banyak peluang, tapi maybe skop kerja yang berbeza)
8- belum cukup yakin untuk berjumpa orang luar (communication skill)
9- arahan bos (but yet negotiable; but still weighted the yang nombor satu)
10- kalau tak buat; might give some bad impression pada bos (ataupun kena ada alasan yang wajar)

Goshhhhexclaim
Walaubagaimacammanapun, nampaknya yang nombor dua kena didahulukan... rasanya kalau orang lain di tempat saya pun akan pilih yang nombor dua...question Tapi ada membe tu kata:
yang nombor satu lagi best, guna duit sendiri... dapat kepuasan tersendiri... peluang ni mungkin tak dapat lagi... lagipun dah lama kita plan kan...
saya tanya:
abis tu nak bagi alasan apa?
membe tu kata:
cakap la ada urusan dan komitmen yang lebih penting.
saya (dalam hati):
hish komitmen yang lebih penting? kerja aku lagi pentingexclaim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...