Tuesday, 27 April 2010

Antenatal care - visit #2 (week 15)

hari ni kali kedua ke O&G. dapat turn nombor 9. uhh berjanggut lamanya menunggu... tu la, sape suruh datang lambat.

berat bertambah sekilo hmm still under weight, BP normal... ok good... hari ni tak dapat gambar baby... dia duduk terbalik, telangkup - gambar tak cantik. nampak dia punya spine,jemari... dan muka dia :) heart beat normal... alhamdulillah... doc measure kepala dan tangan baby...

hari ni bertambah plak ubat doc bagi... banyaknya ubat nak kena telan... huhu

dah siap semua rush ke concorde jalan sultan ismail... minggu ni saya ada course the whole week! yay i'm away from office =D


Friday, 23 April 2010

Acute Viral URTI

Aihh... masuk ni dh berapa hari idung tersumbat... dah lebih 2 minggu ni... selesema sejak belum pindah dari GE lagi rasenya... adoila... sangat risau sebab sekarang kan musim H1N1 lagi... dan khabarnya gelombang kedua ni haruslah lebih berwaspada.


Apakah simptom-simptom H1N1?
Gejala utama adalah [influenza-like-illness (ILI)]: sumber
  • demam - ada
  • batuk - ada
  • sakit tekak - ada
  • hidung berair - ada
  • hidung tersumbat - ada
  • sakit otot - tak pasti
  • sakit kepala - kadang2
  • menggigil (chills) - tak pasti...macam takde
  • keletihan - ada
Adakah sekiranya tidak semua simptom itu ada pada saya maka saya tidaklah dijangkiti? hmm?


Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang 
  4. Wanita mengandung - alamak! takutnye
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus 
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression) 
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Pemberian Vaksin H1N1 - Kumpulan Sasar Berkeutamaan
Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut: 
  1. Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan; - makanya, adakah saya tak termasuk dalam kumpulan sasar berkeutamaan? saya baru 15+ minggu dan buat follow up di hospital swasta... hmm, nanti kena tanya Dr. Ariza ni... 
  2. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;
  3. Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan; 
  4. Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan 
  5. Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).

Lagi?...


Saya ada juga simptom orang mengandung...[sumber]
  1. Keletihan - ada
  2. Vena Varikos - belum lagi
    Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil.
  3. Buasir - takde
    Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis.
  4. Pitam - takde
    Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan.
  5. Morning Sickness
    Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya
    (kadang-kadang) dan muntah (takde) boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena (ada), tidak selesa (ada) dan tidak bermaya (takde) untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat (maksudnye kurangkan nasi?) dan susu
  6. Kulit Perut Merenggang - takde... saya dah start guna bio-oil, harap-harap mujarab...insyaallah
    Ia juga dikenali sebagai strect mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan.
  7. Bisa Hati - kadang-kadang
    Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet.
    (ouh... saya suka makan pedas dan slalunye bergoreng...hmmm)
  8. Infeksi Vagina - takde...tapi lebih lembap dari biasa
    Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan untuk mengawal jangkitan fungus.
  9. Kerap Buang Air Kecil - ada... satu hari sampai berbelas kali
    Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis.
  10. Krem - takde
    Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju.


 Selain itu, saya susah nak tidur malam... gelisah je... kadang-kadang pening kepala




Tuesday, 23 March 2010

First visit to O&G

 dulu tak paham tengok gamba ni...sekarang baru la tau...haha

Hari ni pertama kali gi buat antenatal check up. Excited! Sebab first time scan. Tengok hubby cam biasa je? :-? dia segan kot nk tunjuk lebih2...

Stunning! Sangat excited tengok baby gerak-gerak. Nampak idung dia.

Lepas tu gi lab ambil darah, ngeri...



Thursday, 25 February 2010

what a long hiatus!

huh?










banyaknye sawang!

Wednesday, 17 June 2009

Gi Derat Klate (betul ke bahasa saya ni?)

Minggu lepas saya amik AL dua hari + hari minggu dan terbang ke Kelantan. yippie:pingu_13:
Saya berangkat dengan housemate saya Cik Ct dan kawannya Cik Ros lepas waktu ofis hari Rabu. Depa ni 1st time naik flight. Malang betul tak dapat tengok muka Cik Ct yang pucat :pingu_08: sebab seat saya sangat la jauh dari dua orang tu. Bersepah-sepah seatnya walaupun check in bersama-sama. Apa la company kapal terbang tambang murah ni.. haih... Cik Ct kata rasa macam nak luruh la jugak jantung dia...:pingu_11: Psstt... saya duduk sebelah abang lecturer politeknik yang ensem dan peramah dan baik hati (tolong angkat beg saya) :pingu_06: yang baru balik dari Bandung... shoping sakan... lupa pulak nak amik nombor henfon... hihihi

---------------------------------------------------------

Bila: 11-14 Jun 2009
Tujuan: Kenduri kahwin housemate (Cik Puan Wani) | Kenduri Kahwin close friend kat uni (Cik Puan Zila) | Jumpa close friend kat maresma B | Jumpa VVIPs | Nak kenal-kenal dan menanda kawasan...
:pingu_14:
seronotnyeee

---------------------------------------------------------

Sangat mendukacitakan apabila bateri kamera kong ketika acara baru bermula... dan gambar yang sempat di-snap sedikit itu pula sangat tidak cantik oleh kerana saya sangat malu untuk menjadi jurugambar yang amatur pada hari itu kerana kehadiran mereka-mereka yang pro...
:cinonet_11:



gambar sanding takde... kamera merajuk...


amik berkat :D
alamak... mataku cam juling je...


single lagi...


on the way to meet VVIPs ditemani Cik Ct... senyum la kunun, jantung nak luruh tu...


with my long-time-no-see (since July last year... takde la lama sangat pun...)-texting only-kembar-sepusat-sepusing-mak lain lain-bapak asing asing
-take note our outfit... kembar katakan... baru beli pastu dengan tak malunye mengekor Nikr pi kenduri sedara dia...ngeee-
|2 of 3 stooges at maresma B|


sempat pi berkelah dulu


ma yang sangat best


on the way to Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Shopping!


banyak giler cerita dia ni... pening Eil dan Nad


suka gambar ni...


kat Sutera Inn sebelum bertolak ke majlis Zila
|Eil - Dak Cumil :p - Nad|



bersama Cik Puan Zila kita


amik berkat lagi... konfem kena badi... hihihi



renjis-renjis dipilis


kat Pantai Sri Tujuh yang tak berapa terjaga opsss


check-out


Fafau pakei tudung


Eil's last minute shopping before went to airport
suke benor dapat kaftan...
next time kita mai shopping kain pasang pulok no... tu la, kan orang dah kata... beli je terus kan dah tak dapat...


nak kelik dah...
i'll come again *wink*wink*

_______________________________________
some of pictures courtesy from Eil (yang cantik-cantik tu)
__________________________________________________
erk... tak start buat kerja lagi... segannya ceq... ketaq lutut, lemaih perut eh

:pingu_30:

Thursday, 4 June 2009

gloomy day



Why I always like this? Keep on messed things up… am I been cursed or what? Where ever I had been, what ever I touched, even caught in my sight… will be jeopardized? :puppyeyes: Everything went up side down at the work place… and I slashed the other heart, which made mine bleeding too… end up in grief and sorrow… :cinonet_11:



-Everything happens for reasons... what past is past... keeping dreaming and striving for your future-

-Hope everything goes fine tomorrow and always-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...