Wednesday, 4 June 2008

Minyak Naik Harga??? Harga Minyak Naik???

Alo kwn... mcm mana ni myk naik mdadak nih...
My friend texted me...

goshhh! apelah salah diriku? Pepel, fyi, saya tidak tahu-menahu dan bukanlah sebahagian daripada komplot/agenda pihak-pihak tertentu... saya hanyalah orang kecil nun jauh di bawah...rolleyes dan saya/kami yang berada dalam industri ini juga tidak mendapat apa-apa keistimewaan hatta subsidi/diskaun/reserve dan yang sewaktu dengannya...

Dan jangan tak tau, kami juga beratur untuk mem-full-kan tangki kereta... sebelum tengah malam ni...lol fuyyohhhexclaim Labuan yang tak berapa nak jem ni pun boleh jem... ber-tuyut-tuyut (bahasa apa ni?) orang pi mem-full-kan tank kereta depa

Hmm... masa PRU12 dulu manifestonya bagaimana yaquestion???

Bayaran tunai untuk pemilik kenderaan persendirian pulak apa pro/con nyequestion???

-------------------------------------------------

Petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini - PM
04/06/2008 8:43pm

PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun, 2008:

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

“Pada masa ini operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel,” katanya.

Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

Perdana Menteri berkata Kabinet telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok, 5 Jun, 2008.

"Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem ’fleet card’ kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini,” kata Abdullah.

Untuk ini, kerajaan bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

“Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.

Beliau juga mengumumkan mulai 1 Julai, 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2 mmscfd (juta standard kaki persegi sehari), harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

“Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

"Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui, Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran,” kata Abdullah.

Pada masa yang sama, katanya subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11 apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Dalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerapkos bahan api bagi gas dan arang batu.

Struktur tarif baru yang berkuatkuasa pada 1 Julai, 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.

Selaras dengan hasrat kerajaan melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata Abdullah.

Bagaimanapun, katanya pengguna komersial dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus.

"Bagaimanapun, bagi kategori komersial dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak lebih daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus,” katanya.

Bercakap mengenai sumbangan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP) ke arah mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran.

"Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

"Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai ambang melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit,” katanya.

POP juga, kata Perdana Menteri telah mencatatkan kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia.

Oleh itu, katanya Kabinet juga bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuatkuasa 1 Julai, 2008, dan sebagai penggantinya memutuskan pelaksanaan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP.

Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses:

Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000.

Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000.

"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

"Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri,” kata Abdullah.

— BERNAMA

:sigh:

Friday, 30 May 2008

~Trip to KK~ photo uploaded!

setelah sekian lama, baru terasa nak update n3 ~Trip to KK~ yang dah berkurun lama tu... (itupun setelah menengok-nengok gambar-gambar dalam laptop). tak banyak pun gambarnya...



Thursday, 29 May 2008

Linky Love Game [Tagged]

menjawab tag game oleh cik biskutz

This is another of those Linky Love game
where you only have to tag 10 person in one post
but still there is no actual limit (you can tag more if you want!).
Once tagged, you have to copy paste the link in this post,
and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself!


Maka dengan ini saya menge-tag:
mereka-mereka yang berada dalam list blogroll saya... :p

  • Dal
  • Farah Azmin
  • Fathiyah
  • Fiza
  • Kak Wid
  • Teeny
  • T-rah
  • Zura
  • Alanzain
  • Cicakgirls
  • kamu
  • :woooh:

    Wednesday, 21 May 2008

    ::Hapdet:: -revision 290508-

    Lots of things happened since last two weeks… the best-est thing ever- I flew back to KL every week! Hohoho biggrin

    Thursday;

    I’ll be going to level 24th Etiqa Tower… gosh! I have to study an alien thing tonight! Must! Alien? Ermm sort of… I know just a drop of an ocean about this PLDS… SCADA thingy… my boss going to KK tomorrow morning and I have to represent him, reviewing the system’s report. Ohohoho ketaq lutut… haku nak review hapekebendenye… satu pa pun tatau lol

    Today/ Wednesday;

    My friend told me something… she made my day as well as made me confused… confused I keep on thinking… this “part” of my life is full of uncertainty… huhuhu… btw, I bought a pants for my Cik Mim… and I’ve had a Chocolate Indulgence wit Cappucino wink

    Photo: Secret Recipe

    Tuesday; meeting day

    Line department meeting plus “farewell party” for my boss (I actually came back to KL for this event). Oso the post mortem for last year's (07/08 financial year) departmental activities. My boss Mr. A; people say he is a very brilliant and dynamic boss. For three and half years, our unit pioneered a lot of things and been followed by others. The meetings led by him always start with “the food for thought”. He is good in managing people… he is not going outside actually, he been promoted to a new project as HOF.

    On the afternoon, my other boss asked me to go to another meeting with him (on the dot - without an early notice). He, Mr. H presented our projects (five all together! headache!) to SM SBO and I was just nganga-ed... all in the room were bosses and I felt smaller and smaller~~~cry (at least I experienced the situation and got that kinda feeling ~being with the bosses!). And the meeting ended ten minutes past five! ohohohosad. And that evening I went to Jejeko - bought a table fan (panas la sekarang ni... satu kipas kat bilik tu tak cukup... dan tak sampai hati nak berlebih-lebih dengan kipas Cik Azie... Azie, thanks for your kipas I tumpang all this time smile)

    Monday;

    Was lepak-ing at home… hahaha… seharian golek-golek je… dah lama tak buat tuh! Osmet dua orang tu ajak keluar ke Jejeko pun tak ikut. Azie pulak pegi keje… (dedicated, hardworking, work****** …sian Azie…bos dia kinda …) then malam tu pegi pasar malam depan rumah… beli dua helai tudung yang berwarna PURPLE… :D ( I’ve been shopped a lot lately. Daripada seorang yang tak pandai membeli-belah kepada seorang yang pandai perabeh fulus :sigh: paling banyak shopping bulan lepas - before and after went to London- caitttt! But I do save 10% from my income every month! :) kira okeh la tuh kan… )

    Last weekend (Saturday and Sunday);

    I went to Johor for Ayu’s wedding. (She happened to be my roommate at Uni). Arrived from LBN Friday night and Saturday morning departed to JHB… penatnyeee… Sebabnya taknak ketinggalan masa Ayu nikah tengah hari tu… Hmm… dia jugak yang kawen dulu… haku nih asik bercinta dan putus cinta aje… (twice only! Gonna be the third time? Alahmak!) teringat dulu masa mula-mula Ayu nak bercinta. Dia kata nak probation three months… (oopsss I’m telling someone’s secret lollol) kalu serasi baru teruskan. Masa tu dah gelakkan dia… yelah tu… mana ada orang buat lagu tu. Haa sudahnya kawen jugak… tah-tah masa tu belum tiga bulan dah confirmed! Hahaha...mrgreen
    She looked matured on her wedding day. Slalu tu macam budak-budak… heheh. And she kept telling me “Ayu tak pecaya la dah jadi isteri orang… tak pecayanya…”

    I call her ceremony “Johorian Wedding”… ada Khatam Quran, bersanding, silat, tarian zapin, bayaran tol daripada pengantin lelaki and… ada berkat (yang ni yang bes ni… lauk kenduri kat Johor memang sedap!)

    I forgot to ask her where their honeymoon gonna be… I think somewhere in Langkawi, maybe… tah-tah bos Ayu kasi honeymoon package kat depa (Ayu is HR Exec at a resort somewhere in Langkawi, I forgot which resort… I forgot everything anyway lollol…oh ya, Ayu moved there following her Fizi, the very first time she were going out from tanah tumpah darahnya… dah jadi orang Kedah la Ayu. So pasni buleh la gebang loghat Kedah ngan dia :p)

    Enough; a short story about Ayu… Ayu dearie, may Allah bless you both… may the blue bird of happiness built its nest in your life garden… (pinjam kata-kata Mida) cepat dapat baby k!

    Two weeks ago;

    Weekend; Azie, Fathi, T-rah, Zura and I went to Pavillion and Ikea - mission: Farah's wedding present. I did bought a little pinky thing from Ikea... heheh... Zura yang memula nak overnight kat rumah kitorang (Azie n I) sudahnya tak jadi datang... kerana kami bershoping sampai ke malam... Cik Zura, kamu udah blanje teman kamu itu? kalau belom nanti jangan lupa ajak I ye hihi :p Cik T-rah, thanks kerana sudi menghantar kami pada malam itu... biggrin

    there's two of me...

    Friday; After nearly a year in Labuan, baru la pegi jalan-jalan pusing-pusing pulau… selalu tu memang pusing pulau tapi oleh kerana sebab bekerja atau makan-makan sahaja… walaubagaimacammanapun kali ni pegi ke tempat yang orang kata tempat tumpuan pelancong… yeke? (Macam tak brapa jeh…) Kepada Cik Eil, terima kasihla ye... sudi berpanas dengan daku... biggrin



    Wednesday; I witnessed the mangrove plantation by PB Plantation Sdn. Bhd. (soon to be established hehehmrgreen). It is part of the project's reinstatement work in order to comply to DOE requirement.

    Then, we went to Layang-layangan to have a minum petang… when suddenly the weather changed. Ributexclaim Kuat giler angin… as if I were standing I would flew away… belum lagi sempat makan… lepas tu dengar bunyi “..kreekkk..” masing-masing dah pandang-memandang sesama sendiri. Bunyi lagi “..kreekkk..krreeekkk..bbbhhrrooommmm…exclaim” apa lagi, berterabur la pakat lari… dua buah rumah yang cantik tu kena. Bukan slalu dapat tengok pokok tumbang depan mata ni… Kusss semangat… apa taknya, pokok tu betul-betul depan kitorang. Mujur angin dari laut, kalau tak maunya pokok tu tumbang atas kitorang. Agaknya itu adalah saki-baki taufan Nargis yang melanda Myanmar tu. (I heard perairan Sabah got 70% of it - is it true?)

    ribut yang dah reda (masa tengah ribut giler tu panik, lupa nak record)

    ngantok dah... lom stat stadi lagi nih:yawn:

    Thursday, 8 May 2008

    :: Perutusan Raja Sehari ::

    Dah nak start musim cuti sekolah... sama dengan musim orang kahwin la ;)
    Banyak juga undangan yang saya terima, antaranya:

    18 May :
    - Rohayu di Pekan Nenas, Johor (UTM)
    - Shamina di Batu Caves, Selangor (UTM)

    25 May :
    - Farah Azmin di Banting, Selangor (UTM)
    - Faeza di Simpang Empat, Perlis (MRSM)

    2 Jun :
    - Ridwan di Besut, Terengganu (Colleague)

    7 Jun :
    - Khairul Anuar di Dungun, Terengganu (UTM)

    Belum lagi masuk sepupu-sepapat tu... 3hb lepas, semasa bercuti di kampung saya sempat ke majlis menyambut menantu sedara. Bulan depan ade lagi...

    Macam mana nak menghadirkan diri ni? huhuu... :c nak makan nasi minyak kawan-kawan... takut nanti saya kawen tak ada orang nak datang...
    :puppyeyes:

    Apa pun, tahniah kepada semua kawan-kawan yang akan mendirikan rumah tangga. Selamat melangkah ke dunia baru... selamat berbahagia... doakan juga kawan-kawan lain yang masih single ni... ;) :d

    Wednesday, 7 May 2008

    Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk???

    Kenapa??? hah kenapa... sila jawabmad

    kenapa singah klu x msk - flava
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...