Wednesday, 8 December 2010

I'm back to business (after maternity leave)

Today is my 1st day back-to -office-again. I'm a career mommy now... yuhuu!!!

Sekejap je masa berlalu... My son turns 2 months two days ago. Yet i didn't have a chance to story about my bersalin :D
Sangat malas menulis menaip... lol

Ofis sunyi je... SSN kata ada banyak kejutan... apakah? But I'm notice that some people not here anymore. Ramai yang dah berpindah ke projek lain... hmmm projek oh projek... original team yang junior2 berterabur pandai2 sendiri cari kerja lain nak jaga periuk nasi... new team dihantar melancong outstation ke Korea... huhu... nasib saya macam mana pula ye? tunggu je la discuss manpower loading dengan bos nanti... kalau orang nak saya lagi, kena stay kalau tak terpaksa la mengendeng cari projek lain... kalau kena stay lagi macam tawar hati je... yelah masih terngiang-ngiang di telinga...
you're not PMT... your position there is only for exposure
After 4 years? ouch! Awat tak habaq awai2... kalau tak dah lama ceq blah tau... hmmmphh :sigh:

Back to work after a long break, hmmm biasa la, lemau-lemau sikit haha... Tak buat apa-apa pun, sampai je ofis start pc; tukar login password, clear inbox, sapu habuk-habuk sikit... lepas tu masuk filing room untuk 1st session pumping pukul 8.20... hehe... (kat ofis ni ada provide bilik untuk ibu2 mengepam, tapi kat level bawah... malas nak turun itu pasal la saya jalankan aktiviti di bilik file a.k.a bilik solat juga)

Alhamdulillah, lumayan juga rezeki Haziq (Btw, my son's name is Ahmad Haziq. No fancy-mancy long triple name... lol) Maybe sebab tak sempat nak pam subuh tadi kot... Next activity; baca email sambil surf net haha... Rasa macam full, start 2nd session pumping pukul 11.05..

Baru relaks2 syok2 baca kisah BF (breastfeeding), tup2 pukul 12.45 kena panggil gi meeting dengan consultant kat wisma Denmark pulak... alamak! time lunch! I'm blur... kepala kosong ni... Dua bulan cuti ada orang ganti... Projek baru je start masa saya bercuti. Banyak la ketinggalan... nganga je la tengok diaorang discuss... erk orang Korea tu punya English i tak paham la bah...nyampuk sikit2... kunun2 nampak macam updated jugak la walaupun cuti... haha. Dekat pukul 3 baru habis... Perut sudah berdondang sayang... Sebbaik bos belanja lunch :) Terlepas sesi mengepam yang di plan pukul 1.45...huhu

Balik ofis tu dah siap2 solat terus sediakan kelengkapan berperang mengepam 3rd session... Alhamdulillah, dapat la 3 kali hari ni... cukup la bekalan Haziq untuk esok siap boleh buat stok lagi... lepas tu turun bawah untuk dengar briefing kerjaku yang dah banyak ketinggalan tu... oh sudah bersediakah mengambil alih kerjaku kembali? nak tak nak kena la juga... :|

*****
My current interest is breastfeeding... sepanjang bercuti asyik surf net baca pasal ni je... menimba ilmu la katakan... saya berazam untuk BF Ahmad Haziq sehingga umurnya 2 tahun insyaAllah... semoga Allah memperkenankan niat suci murni saya ini dan membuka jalan yang penuh pancaroba memudahkan perjalanan BF saya dan Haziq aminnn...

Tadi masa nak gi wisma Denmark terjumpa  Azie kat LRT Dang Wangi... lohh terlupa plak ofis Azie kat situ... tak sempat nak borak2 dengan Azie... lain kali la Azie ye


Friday, 1 October 2010

Defects found!

ini bukan perut saya! ngeee :D

Cracks!!! huhu...
Setelah 38 minggu! Hari ni timbul stretch marks pulak... huhu... ia kelihatan sungguh tidak cantik! Blame on me... itu la, sapa suruh garu tak ingat! Tapi kenapa hari ni... tinggal 2 minggu je lagi due... huhu sedihnya... Hari ni balik kerja rasa gatal sangat-sangat. saya pun amik sikat dan garu secara bersungguh-sungguh. tanpa risau sebab sebelum ni saya garu ok je... kunun-kunun kalau pakai sikat takpe... dah puas garu, dukacitanya terperasan ade garis-garis... 
apa pulak ni?
ouch! stretch marks ke? arghhhh!!! tidak! tidak! tidak!
huhu... menyesalnya garu! selama 9 bulan boleh bertahan... nape dh tinggal bape hari je lagi tak boleh tahan? huhu

harap-harap tanda tu akan hilang sendiri lepas ni... terpaksa la bertambah rajin menyapu losyen dan bio oil... tapi... orang kata once dah dapat takkan hilang huhuhu... itu tanda bahawa saya adalah seorang ibu... sebagai peringatan untuk saya dan suami, supaya dia lebih menghargai isterinya! :D tapi ada juga yang hilang (kes terpencil kot)... harap-harap hilang la... aamiin


***mode: perlukan petua mujarab untuk menghilangkan tanda regangan :|





Antenatal care - visit #9 (week 38)


Hari ini pertama kali tiba di klinik sebelum klinik dibuka. Wah awalnya. Tapi masih bukan yang pertama sampai. Ada seorang yang lebih awal dari saya. Maknanya saya adalah orang kedua. Haih..lambat juga rupanya… Orang yang pertama itu pula adalah seketeri di pejabat konsultan saya rupanya. Itu pun selepas puas berfikir untuk ingat semula di mana saya kenal dia. Oleh kerana mood yang tak berapa baik, saya tak menegur dia… dia siap senyum2 dan bagitahu bila klinik dah buka, saya buat muka seposen je…alahai jahat juga saya ni…mujur kerja di pejabat konsultan tu dah habis. Tak perlu lagi nak ke sana. 

Pemeriksaan rutin seperti biasa. Saya ingat doktor akan bagi saya MC sebab due saya dah dekat. Rupanya tidak... Oleh itu saya dengan muka tebal minta MC dari doctor.
“Saya: Doc, saya nak MC start hari Isnin ni boleh?”
“Doc: Ok saya bagi awak MC. Tapi sebenarnya saya tak bagi MC pada patient kalau tak ada apa2 komplikasi. Awak datang ambil MC hari Isnin nanti ye.”
“Saya: Oh, tak boleh ambil hari ni ye?”
“Doc: Awak nak stat MC hari Isnin kan? Hari Isnin baru saya keluarkan MC tu…”
“Saya: Oh... ok tersipu2 malu
Hari ni juga saya berdiskusi dengan bos mengenai mid year performance review saya. Dengan tujuan untuk menyiapkan dengan seberapa segera yang boleh sebelum baby saya pop out. Macam sangat bersemangat pulak…hahaha..tapi tak boleh submit dalam system lagi, pending green lite frm boss.



Friday, 24 September 2010

Antenatal care - visit #8 (week 37)

Nothing much...routine check as usual.


Monday, 20 September 2010

Raya 1431H


Salam.

Masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya... :)
Walaupun hari ini dah hari raya ke-11
Ada yang dah beraya 6, ada yang belum habis puasa 6, ada juga yang tak start2 lagi... macam saya haha :p

Raya tahun ni?
Raya pertama bersama suami
Beraya ber-2 + 1 :)
Beraya di kampung hubby bersama keluarga baru :)
Tempat baru, suasana baru, juadah yang lain dari biasa...

Dua hari sebelum raya pulang ke kampung suami
nak merasa berpuasa di sana
awal puasa saya dah balik ke kampung saya :D
Raya pertama di rumah nenek sebelah ibu mertua
Raya kedua di rumah nenek sebelah bapa mertua
Meriah dengan saudara mara...
Raya ketiga baru balik rumah mertua, ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah
Raya keempat malamnya majlis solat hajat semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan kelahirannya... aamiin
Raya kelima bertolak ke kampung saya pula, dua malam di sana
Raya ketujuh bertolak balik KL, suami kerja petang esoknya
Lama juga kami bercuti..hehe

Ouh... kami tak ada gambar raya...huhu
dek kerana sibuk mengambil gambar orang/benda lain
terlupa nak berposing :|
nanti nak pakai baju raya pastu berposing sakan...hehe


Balik kampung hari tu pinjam kamera abang saya
Sekarang ni encek rumet sibuk belajar kamera DSLR... hohoh
siap study manual, search info kat internet.
nak tidur pun masih pegang nota
semua benda dia snap... haha
Bagus juga, lepas ni saya ada personal photog :D
tapi.... nak kena invest equipmentnya la pulak... huhu

Lepas raya ni jugak saya dilanda penyakit 3-serangkai: demam, selesema dan batuk.
Dah dekat seminggu... nak makan ubat, tak boleh sebarangan... terpaksa menahan
Seksa betul... sepanjang mengandung ni dah masuk bape kali demam macam ni
Lenguh-lenguh, sakit tulang
Mengiring kanan tak betul, mengiring kiri tak betul, telentang lagi la tak betul...
Paling tak tahan batuk
Risau jugak effect pada baby...
Ya Allah, semoga berguguran dosa-dosaku dengan kifarah dan ujianMu ini... aamiin






Friday, 20 August 2010

Antenatal care - visit #7 (week 32)

Berikutan kekerapan dan kekuatan kontraksi, doktor mempercepatkan pemeriksaan rutin saya menjadi 2 minggu (selepas pemeriksaan yang lepas) untuk monitor kondisi saya. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan hari ini, tiada sebarang komplikasi. Lawatan pemeriksaan selepas ini akan kembali kepada sebulan kemudian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...