Friday 1 October 2010

Antenatal care - visit #9 (week 38)


Hari ini pertama kali tiba di klinik sebelum klinik dibuka. Wah awalnya. Tapi masih bukan yang pertama sampai. Ada seorang yang lebih awal dari saya. Maknanya saya adalah orang kedua. Haih..lambat juga rupanya… Orang yang pertama itu pula adalah seketeri di pejabat konsultan saya rupanya. Itu pun selepas puas berfikir untuk ingat semula di mana saya kenal dia. Oleh kerana mood yang tak berapa baik, saya tak menegur dia… dia siap senyum2 dan bagitahu bila klinik dah buka, saya buat muka seposen je…alahai jahat juga saya ni…mujur kerja di pejabat konsultan tu dah habis. Tak perlu lagi nak ke sana. 

Pemeriksaan rutin seperti biasa. Saya ingat doktor akan bagi saya MC sebab due saya dah dekat. Rupanya tidak... Oleh itu saya dengan muka tebal minta MC dari doctor.
“Saya: Doc, saya nak MC start hari Isnin ni boleh?”
“Doc: Ok saya bagi awak MC. Tapi sebenarnya saya tak bagi MC pada patient kalau tak ada apa2 komplikasi. Awak datang ambil MC hari Isnin nanti ye.”
“Saya: Oh, tak boleh ambil hari ni ye?”
“Doc: Awak nak stat MC hari Isnin kan? Hari Isnin baru saya keluarkan MC tu…”
“Saya: Oh... ok tersipu2 malu
Hari ni juga saya berdiskusi dengan bos mengenai mid year performance review saya. Dengan tujuan untuk menyiapkan dengan seberapa segera yang boleh sebelum baby saya pop out. Macam sangat bersemangat pulak…hahaha..tapi tak boleh submit dalam system lagi, pending green lite frm boss.



0 comments:

Post a Comment

(^_________^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...